top of page

SIRI 46: BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) DAN POTENSI PERUBATANNYA

Updated: 29 Dis 2020

Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea merupakan ahli keluarga Fabaceae. Namanya diterbitkan dari Bahasa latin yang merujuk kepada clitoris, iaitu organ seksual mamalia termasuk manusia. Ini kerana bentuk bunga pokok dari genus Clitoria seakan-akan clitoris mamalia. Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk pelbagai masalah kesihatan [1]. Walaupun bentuknya seakan organ seksual wanita, tiada kajian saintifik membuktikan ia menyelesaikan masalah kesihatan wanita.


Imej dari Wikimedia Commons

Bunga telang digunakan sebagai pewarna semuladi dalam masakan antaranya nasi kerabu. Warna biru bunga telang disebabkan oleh kehadiran sebatian terbitan anthocyanin, delphinidin dan polimernya antaranya ternatin A-D. Selain dari memberikan warna terang bagi menarik perhatian serangga untuk tujuan pendebungaan, ia melindungi bunga tersebut dari kesan cahaya UV [2]



Imej Ternitin A1 dari https://www.genome.jp/dbget-bin/www_bget?C16302



Anthocyanin sensitif kepada perubahan pH, menyebabkan ekstrak bunga telang menjadi subjek kajian penderia (sensor) semulajadi. Antaranya mengesan kerosakan daging, mengesan kesegaran makanan, mengesan kestabilan ion dan lain-lain.


Selain itu, pokok bunga telang juga ditanam di kawasan pertanian bagi meningkatkan kesuburan tanah [3]. Penanaman pokok bunga telang didapati meningkatkan kandungan nutrien dalam tanah dan meningkatkan kandungan bakteria baik.


Akar pokok ini digunakan dalam perubatan Ayurveda adalah “Shanka-Puspa” iaitu perubatan Ayurveda bagi merawat masalah fungsi di otak dan penyakit mental [4]. Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh kajian ke atas tikus menunjukkan ekstrak akar pokok bunga telang meningkatkan fungsi kognitif dan memori tikus [5], antaranya dengan meningkat aktiviti kolinergik di dalam otak [6] dan meningkatkan kandungan asetilkolin. Ekstrak akar juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi kognitif dan memori tikus ke atas tikus bagi menyerupai masalah hilang fungsi kognitif dan memori seperti penuaan manusia dan pesakit dementia [7-8]. Akarnya juga dilaporkan mengembalikan fungsi kognitif yang hilang akibat kesan stress oksidatif [8-9]


Selain itu daun dan bunga telang juga menurunkan paras gula di dalam darah tikus [10-11] dengan merangsang penghasilan insulin. Biji pokok bunga telang juga menurunkan kandungan glukosa dalam darah [12]. Dalam kajian ke atas 15 orang subjek lelaki sihat, pemberian air yang direndam bunga telang mengurangkan paras gula postprandial dengan menghalang aktiviti enzim di usus kecil dari menukar sukrosa kepada glukosa [13]. Aktiviti ini mungkin disebabkan oleh kehadiran sebatian kimia fenolik seperti anthocyanin dan flavonoid glikosida.


Selain itu, terdapat beberapa laporan kajian peringkat awal terhadap pokok bunga telang antaranya melindungi hati dari kecederaan [14-15], anti keradangan dan analgesic [16], antidepresen [17], anti-allergy [18], mempercepatkan pemulihan luka [19] dalam kajian ke atas tikus.


Kesimpulannya, daun dan bunga telang berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubat diabetes. Memandangkan ia sejenis makanan, makanlah secara sederhana dan jangan tinggalkan rawatan. Ini kerana ia belum teruji secara klinikal ke atas pesakit diabetes dan ke atas demografik manusia yang lebih luas. Akar pokok bunga telang berpotensi merawat masalah sistem saraf utama, namun kajian masih pada peringkat pra-klinikal dan kajian lanjutan masih diperlukan bagi membuktikan keselamatan dan keberkesanannya.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)



Rujukan:

[1] Mukherjee, P. K.; Kumar, V.; Kumar, N. S.; Heinrich, M., The Ayurvedic medicine Clitoria ternatea-From traditional use to scientific assessment. Journal of Ethnopharmacology 2008, 120 (3), 291-301.


[2] Structure of Polyacylated Anthocyanins and Their UV Protective Effect. In Recent Advances in Polyphenol Research.


[3] Alderete-Chávez, A.; Guerra-Santos, J. J.; de la cruz-Landero, N.; Brito, R.; Guevara, E.; Gelabert, R.; Nuñez, E.; Endañu, E.; Amador-del Angel, L. E., Evaluation of Clitoria ternatea L. In relation with fertility in tropical soils. Journal of Applied Sciences 2011, 11 (6), 1044-1048.


[4] Kosai, P.; Sirisidthi, K.; Jiraungkoorskul, K.; Jiraungkoorskul, W., Review on ethnomedicinal uses of memory boosting herb, butterfly pea, clitoria ternatea. Journal of Natural Remedies 2015, 15 (2), 71-76.


[5] Rai, K. S.; Murthy, K. D.; Karanth, K. S.; Rao, M. S., Clitoria ternatea (Linn) root extract treatment during growth spurt period enhances learning and memory in rats. Indian Journal of Physiology and Pharmacology 2001, 45 (3), 305-313.


[6] Taranalli, A. D.; Cheeramkuzhy, T. C., Influence of Clitoria ternatea extracts on memory and central cholinergic activity in rats. Pharmaceutical Biology 2000, 38 (1), 51-56.


[7] Damodaran, T.; Tan, B. W. L.; Liao, P.; Ramanathan, S.; Lim, G. K.; Hassan, Z., Clitoria ternatea L. root extract ameliorated the cognitive and hippocampal long-term potentiation deficits induced by chronic cerebral hypoperfusion in the rat. Journal of Ethnopharmacology 2018, 224, 381-390.


[8] Mehla, J.; Pahuja, M.; Gupta, P.; Dethe, S.; Agarwal, A.; Gupta, Y. K., Clitoria ternatea ameliorated the intracerebroventricularly injected streptozotocin induced cognitive impairment in rats: Behavioral and biochemical evidence. Psychopharmacology 2013, 230 (4), 589-605.


[9] Raghu, K. S.; Shamprasad, B. R.; Kabekkodu, S. P.; Paladhi, P.; Joshi, M. B.; Valiathan, M. S.; Guruprasad, K. P.; Satyamoorthy, K., Age dependent neuroprotective effects of medhya rasayana prepared from Clitoria ternatea Linn. in stress induced rat brain. Journal of Ethnopharmacology 2017, 197, 173-183.


[10] Daisy, P.; Rajathi, M., Hypoglycemic effects of Clitoria ternatea Linn. (Fabaceae) in alloxan-induced diabetes in rats. Tropical Journal of Pharmaceutical Research 2009, 8 (5), 393-398.


[11] Kavitha, R., Evaluation of hypoglycemic effect of ethanolic extracts of leaf and fruit of T. dioica and leaf of C. ternatea in streptozotocin induced diabetic rats. International Journal of Pharma and Bio Sciences 2014, 5 (3), B1061-B1068.


[12] Venkata Kalyan, B.; Kothandam, H.; Palaniyappan, V.; Praveen, A. R., Hypoglycaemic activity of seed extract of Clitoria ternatea Linn in streptozotocin- induced diabetic rats. Pharmacognosy Journal 2011, 3 (19), 45-47.


[13] Chusak, C.; Thilavech, T.; Henry, C. J.; Adisakwattana, S., Acute effect of Clitoria ternatea flower beverage on glycemic response and antioxidant capacity in healthy subjects: A randomized crossover trial. BMC Complementary and Alternative Medicine 2018, 18 (1).


[14] Nithianantham, K.; Ping, K. Y.; Latha, L. Y.; Jothy, S. L.; Darah, I.; Chen, Y.; Chew, A. L.; Sasidharan, S., Evaluation of hepatoprotective effect of methanolic extract of Clitoria ternatea (Linn.) flower against acetaminophen-induced liver damage. Asian Pacific Journal of Tropical Disease 2013, 3 (4), 314-319.


[15] Nithianantham, K.; Shyamala, M.; Chen, Y.; Latha, L. Y.; Jothy, S. L.; Sasidharan, S., Hepatoprotective potential of clitoria ternatea leaf extract against paracetamol induced damage in mice. Molecules 2011, 16 (12), 10134-10145.


[16] Devi, B. P.; Boominathan, R.; Mandal, S. C., Anti-inflammatory, analgesic and antipyretic properties of Clitoria ternatea root. Fitoterapia 2003, 74 (4), 345-349.


[17] Parvathi, M.; Ravishankar, K., Evaluation of antidepressant, motor coordination and locomotor activities of ethanolic root extract of Clitoria ternatea. Journal of Natural Remedies 2013, 13 (1), 19-24.


[18] Singh, N. K.; Garabadu, D.; Sharma, P.; Shrivastava, S. K.; Mishra, P., Anti-allergy and anti-tussive activity of Clitoria ternatea L. in experimental animals. Journal of Ethnopharmacology 2018, 224, 15-26.


[19] Priprem, A.; Damrongrungruang, T.; Limsitthichaikoon, S.; Khampaenjiraroch, B.; Nukulkit, C.; Thapphasaraphong, S.; Limphirat, W., Topical Niosome Gel Containing an Anthocyanin Complex: a Potential Oral Wound Healing in Rats. AAPS PharmSciTech 2018, 19 (4), 1681-1692.

1,032 lihatan1 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page