top of page

SIRI 49: KACIP FATIMAH (Labisia pumila), MERAWAT MASALAH KEWANITAAN?

Updated: 19 Mei 2019

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Marantodes pumilum (Blume) Kuntze var. pumila atau dahulunya dikenali sebagai Labisia pumila merupakan ahli keluarga Primulaceae. Dahulu, pokok kacip Fatimah diletakkan di bawah keluarga Myrsinaceae. Pokok ini berasal dari Kepulauan Melayu dan boleh juga didapati di Borneo. Terdapat tiga variasi pokok kacip Fatimah iaitu Labisia pumila var. alata, var. lanceolata dan var. pumila.

IMEJ DARI : By Cominion - Photo taken during a trip to a private nursery in Johor Bahru, Malaysia., CC BY-SA 4.0, https://en.wikipedia.org/w/index.php?curid=56698971

Kacip Fatimah digunakan secara tradisi untuk pelbagai masalah kewanitaan. Terdapat dakwaan pengambilan kacip Fatimah untuk mengekalkan kesihatan wanita. Benarkah sedemikian?


Seperti yang saya pernah ulas sebelum ini, untuk mencapai kesihatan yang baik, badan kita memerlukan keseimbangan hormon. Untuk wanita yang masih lagi datang haid dan subur dan sihat, badan mereka menghasilkan hormone progesteron dan oestrogen secara berkala dan komposisi hormon-hormon ini berubah mengikut kitaran haid. Pada hari pertama kitaran haid, hormone progesterone dan oestrogen berada pada paras rendah dan hormon oestrogen akan meningkat pada hari ke 12-14 dan mencetus peningkatan hormon lutein dan menyebabkan pengeluaran ovum dari ovari. Jika ovum tidak disenyawakan oleh sperma, hormon progesterone dan oestrogen akan menurun dan haid akan bermula kembali


Kitaran Haid. Imej dari http://11e.devbio.com/wt0610.html


Kenapa saya menjelaskan semua ini? Ini kerana kacip Fatimah mengandungi sebatian kimia dari kelas flavonoids dan saponins yang bersifat estrogenik. Maksudnya, ia memberi signal kepada badan kita kandungan estrogen tinggi.


Untuk wanita yang masih dalam fasa subur dan tidak mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, pengambilan makanan atau herba yang tinggi kandungan sebatian kimia yang bersifat estrogenic boleh menyebabkan perubahan yang tidak normal pada sel uterus dan meningkatkan risiko kanser, ketulan di payudara, haid yang tidak teratur, meningkatkan simptom PMS, mengurangkan keinginan seksual, peningkatan berat badan, rambut gugur, sakit kepala dan lain lain


Satu kajian rawak terkawal (RCT) ke atas wanita berumur 40-60 tahun seramai 197 orang dijalankan di Kelantan melalui pemberian ekstrak 400 mg Kacip Fatimah setiap hari selama 16 minggu dua kali sehari. Kumpulan yang menerima ekstrak kacip Fatimah menunjukkan tidak menunjukkan perbezaan pada fungsi hati, dan menunjukkan penurunan TC (Total cholesterol) dan TG (total triglycerides) berbanding kumpulan kawalan. Walaupun kajian ke atas tikus menunjukkan ekstrak kacip Fatimah meningkatkan ketumpatan tulang tikus menopause disebabkan osteoporosis, dalam kajian ini mendapati tiada perbezaan ketumpatan tulang antara kumpulan rawatan dan kumpulan plasebo.


Berdasarkan soal selidik, kumpulan rawatan mengatakan kualiti hidup mereka lebih baik antaranya kurang perubahan mood ketara, kualiti tidur yang lebih baik dan mengurangkan masalah haid. Namun, ujian profil darah subjek kajian menunjukkan tiada perbezaan pada profil darah pesakit iaitu bacaan LSH, LH dan estradiol yang merupakan sasaran yang sensitif kepada kehadiran estrogen.


Selain itu, pesakit yang mengambil ubat-ubatan tertentu hendaklah mendapatkan nasihat dari pakar perubatan sebelum bercadang menggunakan kacip Fatimah. Terdapat laporan menunjukkan kacip Fatimah mengganggu fungsi enzim hati yang bertanggungjawab dalam metabolisme ubat. Pengambilan ekstrak kacip Fatimah bersama-sama ubat preskripsi menyebabkan interaksi ubat dan boleh menyebabkan keracunan.


Dalam kajian kesan toksik sub akut ke atas tikus selama 28 hari, tiada kesan toksik akut diperhatikan pada dos 50 mg bagi setiap kg berat tikus. Walaubagaimanapun terdapat kesan gangguan fungsi hati diperhatikan pada dos 1000mg/kg berat tikus.


Kesimpulannya, kajian ke atas model haiwan kacip Fatimah berpotensi merawat kesan osteoporosis disebabkan menopos, namun masih belum ada kajian ke atas manusia menunjukkan ia berkesan. Kacip Fatimah boleh menyebabkan interasi ubat. Ia selamat diambil pada dos rendah dan dos yang sangat tinggi boleh menyebabkan gangguan fungsi hati. Wanita yang tidak mempunyai masalah kekurangan oestrogen tidak digalakkan mengambil kacip Fatimah kerana boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu.


Sekian, semoga bermanfaat


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan:


[1] Al-Mekhlafi, N. A.; Shaari, K.; Abas, F.; Kneer, R.; Jeyaraj, E. J.; Stanslas, J.; Yamamoto, N.; Honda, T.; Lajis, N. H., Alkenylresorcinols and cytotoxic activity of the constituents isolated from Labisia pumila. Phytochemistry 2012, 80, 42-49.


[2] Chua, L. S.; Latiff, N. A.; Lee, S. Y.; Lee, C. T.; Sarmidi, M. R.; Aziz, R. A., Flavonoids and phenolic acids from Labisia pumila (Kacip Fatimah). Food Chemistry 2011, 127 (3), 1186-1192.


[3] Chua, L. S.; Ruzlan, N. N.; Sarmidi, M. R., Recovery of rutin from labisia pumila extract using solid phase extraction. Acta Chimica Slovenica 2017, 64 (4), 888-894.


[4] Norhayati, M. N.; George, A.; Nik Hazlina, N. H.; Azidah, A. K.; Idiana, H. I.; Law, K. S.; Bahari, I. S.; Wan Zahiruddin, W. M.; Liske, E.; Azreena, A., Efficacy and safety of Labisia pumila var alata water extract among pre- and postmenopausal women. Journal of Medicinal Food 2014, 17 (8), 929-938.


[5] Fathilah, S. N.; Abdullah, S.; Mohamed, N.; Shuid, A. N., Labisia pumila prevents complications of osteoporosis by increasing bone strength in a rat model of postmenopausal osteoporosis. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine 2012, 2012.


[6] Effendy, N. M.; Khamis, M. F.; Shuid, A. N., The effects of Labisia pumila extracts on bone microarchitecture of ovariectomized-induced osteoporosis rats: A micro-CT analysis. Journal of X-Ray Science and Technology 2017, 25 (1), 101-112.


[7] Effendy, N. M.; Khamis, M. F.; Soelaiman, I. N.; Shuid, A. N., The effects of Labisia pumila on postmenopausal osteoporotic rat model: Dose and time-dependent micro-CT analysis. Journal of X-Ray Science and Technology 2014, 22 (4), 503-518.


[8] Fathilah, S. N.; Mohamed, N.; Muhammad, N.; Mohamed, I. N.; Soelaiman, I. N.; Shuid, A. N., Labisia pumila regulates bone-related genes expressions in postmenopausal osteoporosis model. BMC Complementary and Alternative Medicine 2013, 13.


[9] Fathilah, S. N.; Nazrun Shuid, A.; Mohamed, N.; Muhammad, N.; Nirwana Soelaiman, I., Labisia pumila protects the bone of estrogen-deficient rat model: A histomorphometric study. Journal of Ethnopharmacology 2012, 142 (1), 294-299.


[10] Fazliana, M.; Wan Nazaimoon, W. M.; Gu, H. F.; Östenson, C. G., Labisia pumila extract regulates body weight and adipokines in ovariectomized rats. Maturitas 2009, 62 (1), 91-97.


[11] Madzuki, I. N.; Lau, S. F.; Che Ahmad Tantowi, N. A.; Mohd Ishak, N. I.; Mohamed, S., Labisia pumila prevented osteoarthritis cartilage degeneration by attenuating joint inflammation and collagen breakdown in postmenopausal rat model. Inflammopharmacology 2018, 1-11.


[12] Manda, V. K.; Dale, O. R.; Awortwe, C.; Ali, Z.; Khan, I. A.; Walker, L. A.; Khan, S. I., Evaluation of drug interaction potential of Labisia pumila (Kacip Fatimah) and its constituents. Frontiers in Pharmacology 2014, 5 JUL.


[13] Singh, G. D.; Ganjoo, M.; Youssouf, M. S.; Koul, A.; Sharma, R.; Singh, S.; Sangwan, P. L.; Koul, S.; Ahamad, D. B.; Johri, R. K., Sub-acute toxicity evaluation of an aqueous extract of Labisia pumila, a Malaysian herb. Food and Chemical Toxicology 2009, 47 (10), 2661-2665.



879 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page