Dr Che Puteh Osman
SIRI 49: KELADI SUMBER STEROID SEMULAJADI
Kemaskini: 12 Okt 2020
Keladi merupakan ahli genus Dioscorea dari keluarga Discoreaceae kaya dengan sebatian kimia semulajadi dari kelas sapogenin. Sapogenin adalah sejenis sebatian kimia semulajadi yang mempunyai rangka steroid.
Genus Dioscorea kaya dengan steroid dari jenis rangka furostan, pregnane, spirostan. Antara sebatian kimia dari kumpulan steroid yang banyak didapati dalam keluarga Dioscorea adalah diosgenin.

Dioscin adalah sejenis saponin iaitu sebatian kimia dengan rangka steroid dan glikosida yang banyak didapati dalam keladi antaranya Dioscorea zingiberensis, Dioscorea alata, Dioscorea villosa dan juga halba dan pokok dari genus Smilax.
Hidrolisis acid ke atas dioscin menghasilkan diosgenin. Dioscin kehilangan bahagian glikosida dan hanya rangka steroid.

Diosgenin digunakan sebagai bahan binaan kepada penghasilan steroid dalam perubatan contohnya progesterone, prenidlolone dan cortisone.
Prenidlolone dan cortisone digunakan sebagai bahan binaan kepada sintesis corticosteroid seperti prenidsolone, deksametason, dan betametasone.
Corticorsteroid menyerupai cortisol, hormon semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal. Ia digunakan bagi mengurangkan keradangan.
Ia digunakan untuk merawat penyakit misalannya penyakit autoimun,penyakit Addison, pemindahan organ, asma, alergi dan lain-lain.
Penyalahgunaan steroid boleh membawa kesan sampingan yang serius, namun digunakan dengan betul ia menyelamatkan nyawa.
Jika anda menggunakan steroid untuk jangka masa panjang, sentiasa berbincang dengan doktor dan jangan berhenti tanpa berbincang dengan doktor. Netizen bukanlah pakar yang anda perlu dengar.
Walaupun perkataan sintetik kedengaran menakutkan, hakikatnya ia mimik kepada hormon steroid yang dihasilkan oleh badan manusia.
Dengan ilham yang diberikan Tuhan, manusia mampu menghasilkan steroid ini untuk merawat pelbagai penyakit malah dan keadaan tertentu ia menyelamatkan nyawa yang diancam bahaya.
Ingat steroid, ingat ia sebenarnya diterbitkan dari sebatian diogenin dari pokok keladi liar.
Rujukan :
Djerassi C. (1992). Steroid research at Syntex: "the pill" and cortisone. Steroids, 57(12), 631-41.
Lin Liu, Yue-sheng Dong, Zhi-long Xiu (2010). Three-liquid-phase extraction of diosgenin and steroidal saponins from fermentation of Dioscorea zingibernsis C. H. Wright, Process Biochemistry, 45, 752-756
Mafalda Jesus, Ana P. J. Martins, [...], and Samuel Silvestre (2016) Diosgenin: Recent Highlights on Pharmacology and Analytical Methodology. J Anal Methods Chem. 4156293.
Upadhyay, S., Jeena, G.S., Shikha et al. (2018) Recent advances in steroidal saponins biosynthesis and in vitro production. Planta 248, 519–544
Sautour, M., Mitaine-Offer, A. & Lacaille-Dubois, M. (2007). The Dioscorea genus: a review of bioactive steroid saponins. J Nat Med 61, 91–101