SIRI 5: ALKALOID PYRROLIZIDINE DALAM MAKANAN DAN TUMBUHAN: RACUN DALAM PENAWAR.
Updated: 19 Mei 2019
1. Alkaloid pyrrolizidine merupakan sejenis sebatian kimia yang mempunyai atom nitrogen dengan ikatan kuaterneri (sejenis sebatian kimia dengan nitrogen yang tidak terikat dengan atom hidrogen) dan 1,2-ikatan berganda (1,2-double bond).

Gambar diambil dari pixabay
2. Alkaloid jenis ini wujud dalam 3 % pokok berbunga dan banyak didapati dari keluarga Fabaceae, Asteraceae, dan Boraginaceae. Sehingga kini terdapat lebih 660 sebatian kimia dari kelas ini dari 6000 spesis tumbuh-tumbuhan.

3. Ia berbahaya kena memberi kesan toksik kepada hati bersifat karsinogenik, genotoksik, teratogenic dan pneumotoksik. Sebatian kimia kelas ini dikelaskan karsinogen gred 2B, iaitu dianggap berpotensi karsinogenik kepada manusia. Terdapat pelbagai laporan keracunan akibat dari makanan dan tumbuhan herba yang tercemar dengan sebatian kimia jenis ini.

Petikan dari Wiedenfeld, 2011
4. The Program on Chemical Safety yang merupakan gabungan WHO, FAO dan ILO menyatakan pengambilan makanan, minuman dan produk herba tercemar dengan alkaloid pyrrolizidine boleh menyebabkan penyakit akut dan kronik.
5. Antara pokok yang kaya dengan sebatian kimia kelas ini adalah pokok dari genus Senecio antaranya Scenacio jacobea. Pokok ini kaya dengan nectar dan ada madu terhasil dari pokok ini. Oleh kerana itu, madu dari pokok ini perlu diuji kandungan alkaloid jenis ini. Rujuk gambar 1 diambil dari pixabay.
6. Terdapat sesetengah makanan dan produk tenusu yang mengandungi sebatian kimia jenis ini. Pengujian makmal dilakukan bagi memastikan kandungan sebatian kimia ini berada pada tahap selamat. Beberapa sebatian kimia kelas ini memberikan kesan toksik dan karsinogenik pada dos serendah 0.07 mikrogram/kg setiap hari.
7. SIAPA KATA POKOK SELAMAT DAN BEBAS BAHAN KIMIA BERACUN? Atas sebab ini, kajian lengkap keselamatan terhadap herba diperlukan sebelum ia boleh digunakan ke atas manusia. Di dalam siri yang lain saya akan menceritakan sebatian kimia semulajadi yang lain yang berbahaya di dalam tumbuhan.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan
Chen, L., Mulder, P. P. J., Louisse, J., Peijnenburg, A., Wesseling, S., & Rietjens, I. M. C. M. (2017). Risk assessment for pyrrolizidine alkaloids detected in (herbal) teas and plant food supplements. Regulatory Toxicology and Pharmacology, 86, 292-302. doi:https://doi.org/10.1016/j.yrtph.2017.03.019
Wiedenfeld, H. (2011). Plants containing pyrrolizidine alkaloids: toxicity and problems. Food Additives & Contaminants: Part A, 28(3), 282-292. doi:10.1080/19440049.2010.541288