top of page

SIRI 5: AROMATERAPI MENGURANGKAN SAKIT? (BAHAGIAN 1)

Updated: 19 Mei 2019


Dalam siri kedua yang lepas saya membincangkan kesan penggunaan aromaterapi menggunakan minyak peppermint dan mint bagi mengurangkan rasa loya dan muntah di kalangan ibu mengandung dan di kalangan pesakit sejurus selepas pembedahan.




Pada episod kali ini saya ingin meringkaskan dua kajian klinikal terhadap potensi aromaterapi mengurangkan sakit selepas pembedahan dan mengurangkan sakit kontraksi ketika proses kelahiran.


1. Kajian meta-analisis penggunaan aromaterapi dalam pengurusan sakit selepas pembedahan.


  • Laporan ini mengambil kira 9 kajian rawak terkawal (RCT) dari tahun 1965-2015 melibatkan 644 subjek manusia.

  • 5 kajian RCT melaporkan pesakit yang menerima sama ada minyak lavender, Eucalptus citriodora dan Rosa damascene yang dititiskan pada kapas dan dihidu pesakit mengurangkan kesakitan selepas pembedahan secara signifikan.

  • Manakala 4 kajian RCT yang lain melaporkan tiada perbezaan signifikan kesan penggunaan essential oil.

  • Secara keseluruhannya penggunaan aromaterapi meningkat kepuasan pesakit dan mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit

  • Terdapat beberapa kekurangan dan kekangan kajian RCT perlu diambil kira antaranya jenis pembedahan yang berbeza.

  • Penyelidik menyimpulkan tidak cukup bukti menunjukkan ia benar-benar berkesan namun berpotensi untuk dibangunkan.


2. Ujian rawak terkawal penggunaan aromaterapi dalam proses bersalin


  • Kajian melibatkan 513 pesakit.

  • Essential oil yang digunakan adalah Roman chamomile (Chamaemelum nobile), clary sage (Salvia sclarea), frankincense (Boswellia carteri), lavender (Lavandula augustifolium) dan mandarin (Citrus reticulata). Essential oil ini digunakan melalui teknik urutan. Essential oil dilarutkan dalam minyak almond.

  • Setiap pesakit hanya menggunakan satu essential oil sahaja.

  • Tiada perbezaan di antara cara kelahiran dan masa kelahiran di antara kumpulan yang menerima urutan dan kumpulan yang tidak menerima urutan essential oil.

  • Tiada perbezaan Apgar score antara bayi yang dilahirkan kepada ibu yang menerima urutan dengan ibu yang tidak menerima urutan.

  • Secara keseluruhan tiada perbezaan signifikan antara kumpulan yang menerima urutan aromaterapi denagn kumpulan yang tidak menerima urutan.


Nantikan artikel seterusnya penggunaan aromaterapi bagi mengurangkan serangan migrain dan kecederaan akibat kesan terbakar.


Sekian, semoga bermanfaat


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan:

Burns, E., Zobbi, V., Panzeri, D., Oskrochi, R., & Regalia, A. (2007). Aromatherapy in childbirth: A pilot randomised controlled trial. BJOG: An International Journal of Obstetrics and Gynaecology, 114(7), 838-844. doi:10.1111/j.1471-0528.2007.01381.x


Dimitriou, V., Mavridou, P., Manataki, A., & Damigos, D. (2017). The Use of Aromatherapy for Postoperative Pain Management: A Systematic Review of Randomized Controlled Trials. Journal of Perianesthesia Nursing, 32(6), 530-541. doi:10.1016/j.jopan.2016.12.003



416 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page