top of page
  • Gambar pengarangDr Che Puteh Osman

SIRI 5:MITOS DAN FAKTA MENGENAI KEGUGURAN

Hari ini dalam rancangan #TanyaDrImelda


Definisi keguguran di Malaysia.

Keguguran merujuk kepada janin yang dilahirkan sebelum 22 minggu dan mempunyai berat kurang dari 500 g. Jika melebihi kriteria ini, ia dianggap kelahiran mati atau stillbirth. Pada zaman dulu kriteria keguguran adalah sebelum 28 minggu, sebab itu terdapat amalan pantang selepas keguguran zaman dulu.


Jika keguguran berlaku sebelum 13 minggu, ia bukan sebab rahim tak kuat. Jika ia berlaku selepas 13 minggu ia disebabkan rahim tidak kuat dan hanya melibatkan 2% dari jumlah keguguran.


Jika keguguran berlaku selepas 14 minggu (2%) antaranya disebabkan oleh cervical insufficiency iaitu pangkal rahim tidak dapat menampung kehamilan. Jika anda ada sejarah keguguran selepas 14 minggu, anda perlu jumpa doktor sebelum minggu ke 12 untuk kandungan berikutnya. Antaranya rawatan yang diberikan adalah pemeriksaan trans-vaginal scan untuk memerika pangkal rahim. Rawatan progesteron atau ikat pangkal rahim (cervical cerclage) adalah antara rawatan yang diberikan untuk menampung kehamilan.



Bila berlaku keguguran:

1. Jaga emosi

2. Tak mencari kesalahan ibu

3. Antara 53 ribu bersalin di US, 43% pernah gugur


Punca keguguran.

1. Kerosakan sel kepada telur yang dipersenyawakan.

2. Umur meningkat, risiko keguguran meningkat. Pada umur wanita mencecah 40-44 tahun, akan terdapat risiko 50% gugur.

3. Obesiti. Meningkatkan 20% risiko keguguran berbanding usia.

4. Kawal penyakit diabetes. Diabetes boleh menyebabkan kecacatan pada janin. Kawal HbA1c dibawah 6.5%

5. Kawal penyakit tiroid.

6. Penyalahgunaan dadah

7. Merokok

8. Keracunan makanan berpunca dari tangan tidak bersih dan makanan tercemar Salmonella sp.

9. Ayam, ikan, telur, daging mentah mengandungi Salmonella sp berisiko menyebabkan keracunan.


Mitos:

1. Rehat tidak mencegah keguguran.

2. Menyusu tidak akan menyebabkan keguguran.

3. Bukan makanan punca keguguran. Tiada bukti nanas tidak menyebabkan keguguran.

4. Vitamin dan suplemen tidak pernah mengurangkan risiko keguguran.


Fakta

1. Wanita mengandung tidak boleh mengambil minuman berkafein melebihi 150 mg sehari, sekitar 2 cawan kopi sehari.

2. Toxoplasma spp ada pada najis kucing liar. Bukan pada bulu kucing. Jangan buang najis kucing ketika mengandung. Dalam tanah ada Toxoplasma spp. Kucing dalam rumah tidak ada Toxoplasma spp jika tak main tanah atau makan makanan mentah. Jangan beri kucing rumah makan makanan mentah.

3. Guna senaman gym ball untuk betulkan posture badan.


Anda boleh menonton siri penuh di sini

199 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page