top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 5: SIAPAKAH YANG MENGKAJI KEBERKESANAN JAMU DI MALAYSIA?

Updated: 19 Mei 2019

1. Jamu merupakan sejenis persediaan tradisional beberapa campuran herba tempatan seperti Kacip Fatimah, manjakani, kunyit dan halia.


2. Setiap satu dari pokok herba tersebut telah dikaji kandungan bahan kimia semulajadi dan keberkesanan terhadap sesuatu sel kanser atau aktiviti lain secara piring petri.


3. Data toksisiti terhadap sel-sel hati dan buah pinggang juga banyak didapati dalam jurnal-jurnal penyelidikan.


4. Namun, jurang maklumat di sini adalah apakah sama keberkesanan bahan herba yang dicampur dalam satu adunan.


5. Ini kerana tiada kajian khusus merujuk kepada persediaan herba dari sesuatu pengeluar.


6. Jadi siapakah yang bertanggungjawab melakukan kajian?


7. Dalam hal ini, syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan dana dan bekerjasama dengan penyelidik di universiti atau institut penyelidikan untuk mengkaji standardidasi herba dan keselamatannya.


8. Ini kerana campuran herba terdiri daripada pelbagai sebatian semula jadi dan analisis kimia yang tepat adalah perlu untuk melihat kandungan bahan aktif dalam jamu.


9. Selain itu, maklumat farmakokinetik adalah perlu untuk melihat tindak balas herba tersebut dengan sistem biokimia badan manusia.


10. Maklumat mengenai penanaman, penuaian, dan pemprosesan juga perlu dikaji supaya kandungan bahan aktif dalam herba konsisten dengan data standardisasi.


11. Maklumat yang lain yang diperlukan adalah keselamatan. Persediaan herba ini perlu dikaji sama ada memberi kesan toksik kepada hati dan buah pinggang manusia.





12. Kesemua proses ini memerlukan dana. Jika pengeluar mempunyai masalah mengeluarkan dana, mereka boleh berhubung dengan Kementerian Asas Tani.


13. Kementerian Asas Tani ada menyediakan dana kepada penyelidik tempatan dengan kerjasama pihak industri untuk melakukan kajian terhadap herba terpilih dengan maklumat yang dikehendaki.


14. Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar juga ada menyediakan dana penyelidikan kepada penyelidik.


15. Tuan puan boleh mencari jurnal berkaitan Tahitian Noni Juice, antara produk jus noni yang memiliki data keselamatan dan keberkesanan dan telah diterbitkan dalam jurnal berwasit.

Contoh kajian seperti ini:

Wang, MY., Lutfiyya, M.N., Weidenbacher-Hoper, V. et al. Chemistry Central Journal (2009) 3: 13. https://doi.org/10.1186/1752-153X-3-13


Selamat membaca dan semoga bermanfaat.



Che Puteh Osman PhD in Natural Product Chemistry


Rujukan:


Geoffrey A. Cordell and Michael D. Colvard. Natural Products and Traditional Medicine: Turning on a Paradigm, Journal of Natural Products 2012 75 (3), 514-525

Geoffrey A. Cordell, Cognate and cognitive ecopharmacognosy — in an anthropogenic era, In Phytochemistry Letters, Volume 20, 2017, Pages 540-549,

145 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page