top of page

SIRI 50: RUMPUT PUN ADA GUNA

Updated: 19 Mei 2019

Gambar rumput ini saya ambil di kawasan parkir tempat kerja saya. Ketika rumput ini mula panjang, saya selalu tertawan dengan ciri-cirinya yang menarik. Hari ini saya terfikir untuk menghantar mesej kepada ahli botani, Dr Shamsul Khamis dari UKM untuk bertanyakan nama saintifik pokok ini. Ia dikenali sebagai Bidens pilosa, dari keluarga Asteraceae.


Ketika melakukan carian menggunakan kata kunci ‘Bidens pilosa’, terdapat lebih 888 artikel kajian mengenai pokok ini! Setelah melakukan perincian, terdapat 300 artikel berwasit mengkaji pokok ini. Bayangkan kajian tentang daun rerama dan daun beijing pun tak sampai 10.



Sekurang-kurangnya 227 sebatian kimia telah dikenalpasti dari pokok ini terutamanya dari kelas flavonoids, asid fenolik dan sterols


Pokok ini mempunyai kadar penyerapan logam berat seperti cadmium dan arsenic. Jadi, untuk tujuan formulasi, kaedah penanaman dan penuaian amat penting bagi menjamin keselamatan.


Menurut laporan, penggunaan ekstrak kering rumput ini tidak memberikan kesan toksik sehingga 2g/kg berat. Terdapat satu laporan ia boleh memberikan kesan genotoksik dalam kajian piring petri.


Apa yang paling menarik, terdapat satu kajian klinikal fasa I terhadap formulasi campuran curcuminoids dari Zingiberaceae dan ekstrak keseluruhan rumput ini bagi rawatan oral mucositis, sejenis komplikasi dari rawatan kemoterapi, sering dilihat sebagai ulcer mulut. Penyelidik berpendapat ramuan ini berpotensi untuk dimajukan ke fasa II kajian klinikal.


Rujukan:


Santos Filho, E.X.D., Arantes, D.A.C., Oton Leite, A.F., Batista, A.C., Mendonça, E.F.D., Marreto, R.N., Naves, L.N., Lima, E.M., Valadares, M.C., 2018. Randomized clinical trial of a mucoadhesive formulation containing curcuminoids (Zingiberaceae) and Bidens pilosa Linn (Asteraceae) extract (FITOPROT) for prevention and treatment of oral mucositis - phase I study. Chemico-Biological Interactions 291, 228-236.


Xuan, T.D., Khanh, T.D., 2016. Chemistry and pharmacology of Bidens pilosa: an overview. Journal of Pharmaceutical Investigation 46, 91-132.


548 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page