Dr Che Puteh Osman
SIRI 51: POKOK BURUNG BERTENGGEK (Euphorbia spp) MENYEBABKAN KERACUNAN?
Beberapa tahun lepas tular mengenai pokok hiasan pokok bertenggek burung yang menyebabkan keracunan pada ikan perliharaannya.
Pokok dari genus Euphorbia yang sering dijadikan pokok hiasan contohnya Euphorbia coalcomanensis (pokok bertenggek burung), Euphorbia tithymaloides, Euphorbia milli, Euphorbia ingens (kaktus), Euphorbia trigona (kaktus) dan Euphorbia tirucalli (kaktus pensel) mengandungi sap atau getah putih yang beracun. Bahan ini juga adalah sejenis karsinogen dan menyebabkan kanser.

Racun ini mengandungi sebatian kimia semulajadi dari kelas terpene iaitu euphorbol, dan beberapa diterpenes esters.
Getah ini boleh menyebabkan iritasi serius pada kulit dan menyebabkan keracunan pada mata misalannya iritasi, iritasi pada membran mukosa, iritasi pada saluran pemakanan dan bengkak dan radang pada mata (keratouveitis), menyebabkan tekanan pada mata (intraocular pressure), corneal odema, dan lain-lain masalah mata. Pada sesetengah binatang, getah pokok dari genus Euphorbia boleh menyebabkan kematian.
Keterukan kesan ini bergantung kepada spesis pokok dan bagaimana getah bersentuh dengan kita. Oleh itu, kita perlu berhati-hati ketika mengendalikan pokok ini.
Kebiasaanya kita menggunakan keratan batang untuk membiakkan pokok hiasan ini. Ketika memotong, getah putih ini akan dihasilkan.
Jika ada haiwan peliharaan dan anak-anak kecil, elakkan mereka menghampiri dan bermain dengan pokok-pokok hiasan dari keluarga ini.
Walaupun beracun, pokok Euphorbia mengandungi bahan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk dibangunkan sebagai ubat-ubatan. Dos yang menentukan sesuatu itu racun atau ubat.

Rujukan
Basak, S. K., Bakshi, P. K., Basu, S., & Basak, S. (2009). Keratouveitis caused by Euphorbia plant sap. Indian journal of ophthalmology, 57(4), 311–313. https://doi.org/10.4103/0301-4738.53060
Hohmann, J., & Molnár, J. (2004). Euphorbiaceae diterpének: növényi toxinok vagy terápiás szempontból igéretes molekulák? [Euphorbiaceae diterpenes: plant toxins or promising molecules for the therapy?]. Acta pharmaceutica Hungarica, 74(3), 149–157.
133 - Poisonous Plants and Aquatic Animals. (2013). In A. J. Magill, D. R. Hill, T. Solomon, & E. T. Ryan (Eds.), Hunter's Tropical Medicine and Emerging Infectious Disease (Ninth Edition) (pp. 923-937). London: W.B. Saunders.
Woods and Calnan (1976) Toxic Woods, British Journal of Dermatology,95, Supplement 13, 1-97.
Zhu, A., Zhang, T., & Wang, Q. (2018). The phytochemistry, pharmacokinetics, pharmacology and toxicity of Euphorbia semen. Journal of Ethnopharmacology, 227, 41-55. doi:https://doi.org/10.1016/j.jep.2018.08.024