SIRI 51: RUMPUT EMAS MENGATASI MASALAH KEWANITAAN?
Updated: 19 Mei 2019
Rumput Jarum Emas mengatasi masalah kewanitaan?
Rumput jarum emas atau nama saintifiknya Striga asicatica ini mengandungi sebatian kimia dari kelas flavonoids seperti apigenin, luteolin, acacetin,dan diosmetin. Selain itu ia juga mengandungi sebatian terbitan asid fenolik seperti verbacoside dan isoverbacoside.
Setakat pencarian penulis, hanya ada beberapa ujian saringan potensi sebatian kimia dari rumput jarum emas terhadap Plasmodium falciparum, iaitu protozoa yang menyebabkan penyakit malaria.

Kenapa apabila sesetengah orang mengambil air rebusan rumput ini memberikan kesan positif? ini disebabkan kehadiran flavonoids yang bersifat estrogenik. Adakah ia bagus dan selamat? Ia bergantung kepada dos dan juga sama ada rumput ini menyerap logam berat yang berbahaya dari tanah.
Pengambilan bahan bersifat estrogenik dalam kuantiti yang cukup memberi kesan dalam tempoh yang lama boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu. Tuan puan boleh membaca tulisan Prof Imelda Balchin mengenai risiko pengambilan phytoestrogen.
Rujukan:
Huang, W., Wu, S.-B., Wang, Y.-L., Guo, Z.-Y., Kennelly, E.J., Long, C.-L., 2013. Chemical constituents from Striga asiatica and its chemotaxonomic study. Biochemical Systematics and Ecology 48, 100-106.
Zou, Y.-S., Foubert, K., Tuenter, E., Lemière, F., Cos, P., Maes, L., Smits, J.M.M., de Gelder, R., Apers, S., Pieters, L., 2013. Antiplasmodial and cytotoxic activities of Striga asiatica and Sauropus spatulifolius extracts, and their isolated constituents. Phytochemistry Letters 6, 53-58.