top of page

SIRI 54: SAMA TETAPI TIDAK SERUPA: MANJAKANI ASLI DAN BUAH UBI TOM

Updated: 27 Ogo 2020


Manjakani sebenarnya adalah bengkak atau tumor disebabkan oleh serangga wall gasp buat sarang telur bawah kulit pokok oak atau Quercos infectoria Oliver. Ia bukan buah pokok oak atau mana-mana pokok. Ia adalah sarang serangga gall wasp dan proses ini menghasilkan banyak tannins. Dianggarkan terdapat sekitar 50-70% gallotannins di dalam manjakani terutama gallic, acid dan ellagic acid.


Saya telah menulis tentang manjakani di sini. Terdapat pelbagai kajian saintifik potensi tannins dari manjakani terutama sebagai agen antibakteria dan agen antikeradangan. Selain itu, kajian ke atas haiwan menunjukkan manjakani mempercepatkan penyembuhan luka pada tikus diabetes.


Di dalam komen pada artikel manjakani, ada seseorang menyebut pokok manjakani adalah jenis menjalar bukan sejenis sarang gall wasp. Hasil carian ringkas di pangkalan jurnal berindeks dan pengesahan identiti tumbuhan dengan ahli botani dari UKM, pokok berkenaan adalah air potato atau ubi tom atau nama saintifiknya Dioscoria bulbifera.



Buah ubi tom ini boleh dimakan, dan akarnya sering digunakan dalam perubatan tradisional terutama perubatan tradisional China. Akar pokok ubi tom ini mengandungi banyak sebatian kimia dari kelas dilabdane terpene dan diterpenoid lactone. Manakala buah ubi tom mengandungi sebatian kimia clerodane diterpenoids, kumpulan yang berbeza dari sebatian kimia dari akarnya.


Satu sebatian kimia dari kelas diterpenoid lactone dari akar ubi tom iaitu diosbulbine B merupakan agen antikanser yang sangat aktif. Namun ia mempunyai satu kelemahan yang besar, ia boleh menyebabkan kecederaan hati yang serius pada dos yang rendah dalam kajian ke atas tikus dan piring petri.



Terdapat beberapa kajian dijalankan bagi mengkaji terapi gabungan diosbulbibe B dan sebatian kimia lain bagi menghalang proses kecederaan hati. Kajian lanjutan masih berjalan.


Kesimpulannya, buah ubi tom/air potato BUKAN MANJAKANI.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan:


Ahmad Hidayat, A. F., Chan, C. K., Mohamad, J., & Abdul Kadir, H. (2018). Dioscorea bulbifera induced apoptosis through inhibition of ERK 1/2 and activation of JNK signaling pathways in HCT116 human colorectal carcinoma cells. Biomedicine and Pharmacotherapy, 104, 806-816. doi:10.1016/j.biopha.2018.05.073


Jiang, J. Z., Yang, B. H., Ji, L. L., Yang, L., Mao, Y. C., Hu, Z. H., . . . Wang, C. H. (2017). Metabolic-induced cytotoxicity of diosbulbin B in CYP3A4-expressing cells. Toxicology in Vitro, 38, 59-66. doi:10.1016/j.tiv.2016.11.006


Niu, C., Sheng, Y., Yang, R., Lu, B., Bai, Q., Ji, L., & Wang, Z. (2015). Scutellarin protects against the liver injury induced by diosbulbin B in mice and its mechanism. Journal of Ethnopharmacology, 164, 301-308. doi:10.1016/j.jep.2015.02.031


Teponno, R. B., Tapondjou, A. L., Hyun, J. J., Nam, J. H., Tane, P., & Park, H. J. (2007). Three new clerodane diterpenoids from the bulbils of Dioscorea bulbifera L. var. sativa. Helvetica Chimica Acta, 90(8), 1599-1605. doi:10.1002/hlca.200790168


Yang, B., Liu, W., Chen, K., Wang, Z., & Wang, C. (2014). Metabolism of diosbulbin B in vitro and in vivo in rats: Formation of reactive metabolites and human enzymes involved. Drug Metabolism and Disposition, 42(10), 1737-1750. doi:10.1124/dmd.114.058222


Zhao, D. S., Jiang, L. L., Fan, Y. X., Wang, L. L., Li, Z. Q., Shi, W., . . . Li, H. J. (2017). Investigation of Dioscorea bulbifera Rhizome-Induced Hepatotoxicity in Rats by a Multisample Integrated Metabolomics Approach. Chemical Research in Toxicology, 30(10), 1865-1873. doi:10.1021/acs.chemrestox.7b00176


Zhao, D. S., Jiang, L. L., Wang, L. L., Wu, Z. T., Li, Z. Q., Shi, W., . . . Li, H. J. (2018). An integrated metabolomics and proteomics approach to identify metabolic abnormalities in rats with Dioscorea bulbifera rhizome-induced hepatotoxicity. Chemical Research in Toxicology. doi:10.1021/acs.chemrestox.8b00066




3,418 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page