SIRI 55: BOLEH MAKAN KE BUNGA KERTAS (Bougainvillea sp) ?
Updated: 1 Sep 2020
Semalam ada rakan FB saya tag saya di dalam satu post menunjukkan bunga kertas dimasak telur dadar. Penulis berkenaan mendakwa ia mendakwa ia boleh awet muda, tambah darah dan meningkatkan stamina.
Setelah saya menyemak jurnal-jurnal penyelidikan yang pernah diterbitkan mengenai bunga kertas, terdapat sekitar 120 penerbitan tentang sebatian kimia dan potensi perubatan.

Adakah bunga kertas boleh dimakan? Bunga kertas digunakan di beberapa negara sebagai minuman teh. Ada juga menggunakan bunga kertas bagi menaikkan seri hidangan salad kerana warnanya yang terang. Di Thailand, bunga kertas dimasukkan dalam masakan dan gorengan. Jadi, bunga kertas pernah dimakan. Sama ada ia selamat atau tidak, jom baca seterusnya.

Bunga kertas merupakan pokok dari spesies Bougainvillea sp. Terdapat sekitar 18 variasi bunga kertas dari seluruh dunia dalam genus Bougainvillea. Warna terang pada bunga kertas disebabkan oleh kehadiran sebatian kimia betalains dan betacyanins. Terdapat sekitar 0.04% sebatian kimia betacyanins di dalam bunga kertas. Selain itu, bunga kertas juga mengandungi asid fenolik, flavonoids dan asid lemak. Terdapat sekitar 137 sebatian kimia yang telah dikenalpasti dari semua bahagian pokok bunga kertas.

Betul ke ia boleh menambah darah, awet muda dan meningkatkan tenaga? Tiada kajian melaporkan tentang kandungan nutrisi bunga kertas. Makanan yang meningkatkan kandungan sel darah merah dalam badan ialah makanan yang kaya dengan zat besi. Saya belum terjumpa laporan mengatakan ia digunakan secara tradisi bagi merawat masalah anemia walaupun bunganya berwarna merah. Kebanyakan penggunaan tradisional yang direkodkan di selatan Amerika adalah bagi merawat masalah berkaitan pernafasan. Adakah ia menaikkan selera makan? Perkara ini adalah subjektif. Jika anda suka makanan anda berwarna terang, mungkin telur dadar dengan warna terang bunga kertas boleh menaikkan selera anda. Meningkatkan tenaga juga bersifat subjektif. Boleh jadi kesan plasebo, boleh jadi juga anda telah makan nasi dua pinggan kerana berselera. Pokoknya makanan berkhasiat meningkatkan tenaga.
<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-7449920185747214"
data-ad-slot="7665528689"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Terdapat beberapa kajian potensi perubatan bunga kertas, daun, batang dan akarnya dalam tabung uji dan model haiwan. Kesemua kajian tersebut masih pada peringkat penemuan dan saringan. Kajian ke atas haiwan menunjukkan pokok bunga kertas tidak beri kesan toksik kepada tikus kecuali dalam satu kajian menunjukkan ekstrak metanol daun bunga kertas memberikan kesan toksik akut.
Kesimpulannya, bunga kertas boleh di makan, namun dakwaan kesihatan daun bunga kertas amat diragui dan tidak disokong oleh kajian semasa.
Rujukan:
Abarca-Vargas, R., & Petricevich, V. L. (2018). Bougainvillea genus: A review on phytochemistry, pharmacology, and toxicology. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine, 2018. doi:10.1155/2018/9070927
Kaisoon, O., Siriamornpun, S., Weerapreeyakul, N., & Meeso, N. (2011). Phenolic compounds and antioxidant activities of edible flowers from Thailand. Journal of Functional Foods, 3(2), 88-99. doi:https://doi.org/10.1016/j.jff.2011.03.002
Sommano, S., Suksathan, R., Colelli, G., & Kumpuan, W. (2018) Potentials of Thai tropical edible flowers as fresh cut salad mix. In: Vol. 1194. Acta Horticulturae (pp. 1187-1193).