top of page
  • Gambar pengarangDr Che Puteh Osman

SIRI 57: BENARKAH ANDA PERLU MENGUPAS KULIT EPAL?

Kemaskini: 1 Nov 2020

Buah dari pokok keluarga Rosaceae misalannya plum, nectarine, aprikot, epal dan pear mempunyai kulit yang licin dan kaya dengan sebatian fenolik.


Sebatian fenolik ini merupakan antioksidan semulajadi dan banyak didapati pada kulit buah. Ini merupakan sebab utama kenapa anda perlu makan buah-buahan ini berserta kulitnya.


Buah-buah ini mengandungi kandungan air yang tinggi, dan pokok ini menghasilkan lilin semulajadi untuk melindungi buah dari kehilangan air.

Malah buah-buahan tempatan seperti jambu batu juga mengandungi lilin semulajadi pada permukaan kulit untuk melindungi buah dari kehilangan air.



Ramai orang berpendapat lilin pada kulit buah-buah ini perlu dibuang kerana ia mengandungi lilin tambahan.


Anda perlu memerhatikan tekstur dan warna kulit tersebut, jika ia kelihatan putih dan berminyak, kemungkinan lilin tambahan disembur pada kulit buah bertujuan mengelakkan buah kehilangan air dan supaya tahan lebih lama.

Malah, buah-buahan tempatan juga boleh disembur lilin untuk supaya tahan lama dan mengawal proses buah masak.


Lilin ini merupakan lilin gred makanan yang dihasilkan dari lilin Carnauba dari pokok palma Brazil. Lilin ini juga dihasilkan dari sumber yang lain seperti lilin lebah dan jeli petroleum. Lilin gred makanan ini selamat dimakan.


Namun, jika anda tidak mahu makan lilin ini, anda boleh menghilangkannya dengan mudah. Anda boleh merendam buah ini dalam air suam atau mengikisnya menggunakan pisau.

Jika anda risaukan racun pada kulit buah, ada pelbagai kaedah membersihkan racun pada kulit. Saya pernah menulis di sini.


Jadi, nikmatilah buah anda bersama kulitnya untuk khasiat antioksidan. Dan jangan bimbang dengan lilin pada permukaan kulit. Jika terdapat lilin tambahan, anda boleh membuangnya dengan mudah.


Rujukan


Barman, K., Asrey, R., & Pal, R. K. (2011). Putrescine and carnauba wax pretreatments alleviate chilling injury, enhance shelf life and preserve pomegranate fruit quality during cold storage. Scientia Horticulturae, 130(4), 795-800. doi:https://doi.org/10.1016/j.scienta.2011.09.005


Hagenmaier, R. D., & Baker, R. A. (1993). Reduction in gas exchange of citrus fruit by wax coatings. Journal of Agricultural and Food Chemistry, 41(2), 283-287. doi:10.1021/jf00026a029


Li, X., Zhu, X., Wang, H., Lin, X., Lin, H., & Chen, W. (2018). Postharvest application of wax controls pineapple fruit ripening and improves fruit quality. Postharvest Biology and Technology, 136, 99-110. doi:https://doi.org/10.1016/j.postharvbio.2017.10.012


Soleimanian, Y., Goli, S. A. H., Shirvani, A., Elmizadeh, A., & Marangoni, A. G. Wax-based delivery systems: Preparation, characterization, and food applications. Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety, n/a(n/a). doi:10.1111/1541-4337.12614

1,316 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page