top of page

SIRI 57: BETUL KE Garcinia cambogia MENURUNKAN BERAT BADAN?

Updated: 19 Mei 2019


Garcinia cambogia ini dikenali dengan nama asam keling atau Malabar tamarind. Ia berasal dari India, Nepal dan Sri Lanka. Pokok dibawa ke negara-negara Asia yang lain termasuk Malaysia.

Pokok Garcinia cambogia adalah adik beradik pokok asam gelugor (Garcinia atroviridis). Kalau kita tengok rupa buahnya, seakan-akan buah asam gelugor tetapi berbeza sedikit bentuk dan biji di dalamnya.



Buah Garcinia cambogia jarang di makan mentah kerasa rasanya yang sangat masam kerana kandungan asid organik yang tinggi terutama asid hidroksisitrik.


Di beberapa negara ia digunakan sebagai perasa dan pengawet makanan. Ada yang menggunakan buah Garcinia cambogia sebagai pengganti asid asetik untuk pembekuan susu getah.


Ekstrak Garcinia cambogia dikatakan menguruskan badan disebabkan kehadiran asid hidroksisitrik. Di dalam buah sekitar 10-30% asid hidroksisitrik. Manakala di dalam ekstrak Garcinia cambogia terdapat sekitar 20-60% asid hidroksisitrik.


Asid Hidroksisitrik

Ia dikatakan mengurangkan berat badan dengan menghalang sejenis enzim yang menukar karbohidrat kepada asid lemak dan mengurangkan selera makan.


Terdapat banyak ke atas tikus mendapati ekstrak Garcinia cambogia menurunkan berat badan secara signifikan. Tiada kesan toksik akut dilaporkan dalam kajian ke atas tikus.


Namun beberapa kajian klinikal ke atas manusia mendapati pengambilan ekstrak Garcinia cambogia tidak menunjukkan penurunan berat badan secara signifikan. Malah terdapat beberapa kesan adverse ringan yang dilaporkan oleh pesakit antaranya sakit kepala, muntah, dan cirit birit.


Apa yang membimbangkan terdapat beberapa laporan kes perubatan melibatkan sekitar 66 pesakit menunjukkan pengambilan ekstrak Garcinia cambogia menyebabkan kecederaan hati akut, kegagalan hati dan kerosakan hati.


Pengguna patut berhati-hati ketika membaca artikel penyelidikan yang terdapat dalam laman web. Kita perlu melihat gambaran keseluruhan kajian potensi bukan hanya satu dua artikel yang mengatakan ia berkesan.


Jika terdapat testimoni yang mengatakan produk berasaskan Garcinia cambogia menurunkan berat badan dengan sangat banyak tanpa pengubahsuaian cara hidup seperti bersenam dan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan, kita bimbang ia tercemar palsu dengan ubat terlarang.


Kesimpulannya, walaupun kajian ke atas tikus menunjukkan ia berkesan, namun kajian klinikal ke atas manusia menunjukkan sebaliknya. Malah terdapat banyak laporan kes menunjukkan kesan sampingan yang serius termasuk kegagalan hati.


Semoga bermanfaat,


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)



Rujukan:


Crescioli, G., Lombardi, N., Bettiol, A., Marconi, E., Risaliti, F., Bertoni, M., . . . Vannacci, A. (2018). Acute liver injury following Garcinia cambogia weight-loss supplementation: case series and literature review. Internal and Emergency Medicine, 13(6), 857-872. doi:10.1007/s11739-018-1880-4


Semwal, R. B., Semwal, D. K., Vermaak, I., & Viljoen, A. (2015). A comprehensive scientific overview of Garcinia cambogia. Fitoterapia, 102, 134-148.



998 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page