SIRI 60: BETUL KE HERBA Galega officinalis LEBIH BAIK DARI METFORMIN SINTETIK?
Updated: 29 Jun 2019
Tahukah anda METFORMIN, sejenis ubat diabetes yang merupakan sebatian TERBITAN sintetik dari sebatian kimia yang ditemui dari pokok Galega officinalis atau Goat’s rue. Goat’s rue adalah sejenis rumpai yang BERACUN. Pokok ini digunakan untuk merawat simptom diabetes jenis kedua sejak abad ke 17.
Hasil kajian fitokimia ke atas pokok ini membawa kepada penemuan bahan aktif yang dikenali sebagai guanidine. Walaupun guanidine berpotensi merawat diabetes namun ia bersifat toksik kepada manusia.

Kajian ‘lead optimization’ terhadap guanidine menemukan dimethylbiguanide, yang merupakan sebatian kimia sintetik dengan dua guanidine dicantumkan seakan-akan ime cermin (mirror image). Dimethylbiguanide juga dikenali dengan nama METFORMIN.
Walaupun METFORMIN adalah sebatian sintetik, ia tidak toksik. Jadi siapa kata sebatian kimia sintetik seharusnya bahaya berbanding sebatian kimia semulajadi?
Dalam kajian ubat-ubatan dari tumbuhan, kami sentiasa melakukan kajian seperti ini. Menilai kesan toksik dan melakukan kajian lead optimization iaitu menghasilkan beberapa siri sebatian kimia sintetik terbitan sebatian semulajadi bagi mendapatkan calon ubat yang lebih baik berbanding bentuk asalnya.
Namun jangan pula tersilap, sebenarnya banyak saja ubatan yang tidak pernah diubah struktur asalnya dan terus diformulasi jadi ubat. Antaranya paclitaxel sejenis agen kemoterapi dan artemisinin sejenis ubat malaria untuk jenis malaria yang kebal terhadap ubat lain.
Ingatlah natural tidak semestinya selamat.
Jangan tertipu dengan propaganda penjual.
Rujukan
Bailey, Cliff & Day, Caroline. (2004). Metformin: Its botanical background. Practical Diabetes International. 21. 115-117. 10.1002/pdi.606.