top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 60: MENGAPAKAH AIR KENCING BERWARNA MERAH SELEPAS MAKAN BUAH NAGA?

Pokok buah naga merupakan sejenis pokok kaktus dari genus Selenicereus. Ia kaya dengan nutrisi contohnya karbohidrat, protein, mineral dan vitamin.


Warna merah terang pada buah naga disebabkan oleh kehadiran beberapa jenis anthocyanin antaranya delphinidin, malvidin dan cyanidin.




Secara umumnya anthocyanin yang kita ambil melalui makanan akan mengalami metabolisme. Sebahagian anthocyanin akan diserap dan sebahagian lagi akan dikumuhkan.


Penyerapan anthocyanin juga bergantung kepada bentuk anthocyanin tersebut. Ada buah-buahan yang mengandungi anthocyanin yang tiada kumpul berfungsi acyl, yang diserap dengan lebih baik berbanding anthocyanin yang mengandungi kumpulan berfungsi acyl.


Anthocyanin boleh diserap ke dalam darah melalui kaedah diffusi secara pasif, di mana struktur sebatian kimia anthocyanin yang larut minyak diserap melalui dinding sel atau anthocyanin yang mengandungi molekul gula diangkut melalui pengangkut gula SGLT1 (sodium-dependant glucose transporter).


Enzim hati akan menukar anthocyanin kepada bentuk glucoronide, methylated dan sulfanate sebelum dikumuhkan melalui air kencing. Kajian menunjukkan peningakatan pengambilan anthocyanin meningkatkan kadar pengumuhan anthocyanin yang telah bertukar kepada glucuronidated anthocyanin dan sulfanated anthocyanin. Lebih 50% anthocyanin dikumuhkan dalam 4 jam pertama selepas diambil.


Sebab itu apabila anda mengambil banyak buah naga, atau buah berwarna disebabkan anthocyanin seperti buah strawberi, dan lobak merah, air kencing anda akan bertukar warna sedikit kemerahan. Warna air kencing anda akan kembali menjadi normal setelah anthocyanin yang anda ambil dikumuhkan melalui air kencing.


Jangan risau jika anda melihat air kencing anda berubah warna. Namun, jika terdapat darah dalam air kencing anda atau warna merah ini berterusan walaupun sudah beberapa hari tidak mengambil buah naga, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan.



Rujukan:


Carkeet, C., Clevidence, B. A., & Novotny, J. A. (2008). Anthocyanin Excretion by Humans Increases Linearly with Increasing Strawberry Dose. The Journal of Nutrition, 138(5), 897-902. doi:10.1093/jn/138.5.897


Charron, C. S., Clevidence, B. A., Britz, S. J., & Novotny, J. A. (2007). effect of dose size on bioavailability of acylated and nonacylated anthocyanins from red cabbage (Brassica oleracea L. Var. capitata). Journal of agricultural and food chemistry, 55(13), 5354–5362. https://doi.org/10.1021/jf0710736


Kurilich, A. C., Clevidence, B. A., Britz, S. J., Simon, P. W., & Novotny, J. A. (2005). Plasma and urine responses are lower for acylated vs nonacylated anthocyanins from raw and cooked purple carrots. Journal of agricultural and food chemistry, 53(16), 6537–6542. https://doi.org/10.1021/jf050570o


Riaz M., Zia-Ul-Haq M., Saad B. (2016) Anthocyanins Absorption and Metabolism. In: Anthocyanins and Human Health: Biomolecular and therapeutic aspects. SpringerBriefs in Food, Health, and Nutrition. Springer, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-319-26456-1_5

567 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page