top of page

SIRI 62: RAWATAN HERBA UNTUK GOUT DAN SENDI

Updated: 27 Mei 2019

Sepanjang saya menulis tentang herba dan perubatan herba, ada beberapa beberapa herba yang didakwa merawat gout. Saya belum membaca dan memahami bagaimana gout boleh terjadi tetapi saya dimaklumkan antara rawatan gout adalah mengawal asid urik dan mengurangkan serangan akut. Selain mengelakkan makanan tinggi purine, ada ubat diberi oleh doktor untuk mengawal gout.


Apabila ada orang bertanya saya tentang beberapa herba atau tumbuhan yang dikaitkan dengan merawat gout, kebanyakan herba ini pernah dikaji untuk antikeradangan sama ada ke atas tikus atau kajian piring petri.



Maksudnya dakwaan herba merawat gout itu tak betul. Dia sebenarnya tidak merawat atau belum ada bukti menunjukkan ia merawat. Sebaliknya hanya mengurangkan sakit akibat radang disebabkan oleh serangan akut gout.


Betul ke herba itu berkesan merawat radang? Kalau kita cuba memahami bagaimana radang terjadi dalam badan kita disebabkan pelbagai perkara, dari asma, gout, arthritis, jangkitan bakteria dan lain-lain, antiradang mengurangkan radang. Ia bersifat sementara dan dia tidak merawat punca penyakit.


Jika ada sesetengah orang makan dia rasa berkesan tanpa perubahan diet atau pengambilan ubat lain, ada beberapa kemungkinan. 1) kesan plasebo 2) kemungkinan herba tersebut mengurangkan radang. Fungsinya sama seperti ubat NSAID seperti yang diberikan oleh doktor anda. Adakah ia lebih baik dari NSAID? Belum ada bukti menunjukkan sedemikian.


Masih ingatkan anda kisah kerosakan hati di Singapura akibat pengambilan buah tunjuk langit?

Adakah ia merawat gout? Tidak. Melainkan ada kajian menunjukkan ia membantu mengawal asid urik dalam darah. Dan setakat ini saya tak jumpa lagi kajian kata macam tu.


Natural tidak semestinya selamat. Hendak cuba? Bincanglah dulu dengan doktor anda.


Dr Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)

380 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page