top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 64: KAEDAH MENGHALAU KUCING DARI HALAMAN RUMAH

Kucing kencing di kawasan tertentu sebagai cara untuk menyatakan keberadaannya di kawasan tersebut. Dari air kencing itu, kucing lain mendapat maklumat mengenai kucing tersebut. Dan tentunya bau yang dihasilkan ini unik kepada kucing tersebut dan sebagai chemosignal, satu bentuk komunikasi antara kucing.



Bau dan sikap ini memang tidak menyenangkan. Kadang-kadang melibatkan kerosakan harta kita dalam kawasan rumah kita.


Air kencing kucing ini mengandungi beberapa bahan kimia utama, antaranya 3-mercpto-3-methyl-1-butanol. Tetapi bahan kimia yang spesifik kepada kucing itu berbeza antara kucing, dan berubah dengan masa. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa kucing menunjukkan air kencing kucing berbeza mempunya bahan kimia mudah meruap yang berbeza.


Ada pelbagai kajian dilakukan antaranya menggunakan kaedah ultrasound, menyediakan tempat khas untuk kucing melepaskan hajat dan juga menggunakan bahan-bahan tertentu untuk menghalau kucing dari melepaskan hajat di kawasan tertentu.


Kajian menunjukkan pengunaan alat ultrasound ini tidak begitu berkesan menghalang kucing dari melepaskan hajat. Ia mempunyai keberkesanan yang sederhana, dan keputusan tidak konsisten.

Ada kajian yang menggunakan bahan tertentu yang tidak disukai kucing kerana bahan ini bertoksik kepada kucing.


Misalannya menggunakan kulit buah-buahan sitrus dan hampas kopi. Misalannya kulit limau manderin, kulit limau nipis, kulit buah oren, kulit lemon dan kulit limau purut.

Kulit buah-buahan ini mengandungi sebatian kimia mudah meruap contohnya limonene dan linalool yang beracun kepada kucing. Secara hipotesisnya kucing menggunakan naluri kemandirian akan menjauhkan diri dari tempat ini.


Kelemahan teknik ini pula adalah ia perlu dilakukan dengan kerap, kerana bahan kimia mudah meruap dari buah-buah sitrus ini tidak kekal lama.


Antara kaedah kajian lain adalah dengan menyediakan tempat pembuangan najis secara tersusun untuk sesuatu komuniti tersebut. Ini mengelakkan kucing liar dan terbiar dari membuang najis merata-rata.


Selain itu, projek komuniti memandulkan dan melepaskan kembali kucing yang sihat selepas dimandulkan antara kaedah yang digunakan untuk mengawal populasi dan sikap agresif kucing liar.


Kaedah lain yang digunakan akan pemancut air di halaman secara automatik dan diaktifkan dengan pergerakan. Kebiasaannya kucing memang tak suka air, ini kaedah yang mahal, tetapi tidaklah kerap perlu penyelenggaraan.


Terdapat juga alat semburan yang dijual di pasaran untuk menghalau kucing. Ada yang kata tidak berkesan. Semburan ini perlu dilakukan secara kerap supaya boleh menghindari kucing liar dari memasuki kawasan rumah kita.


Apa pun pilihan anda, pilihlah pilihan yang berperikemanusiaan. Saya sayang kucing, tetapi kita janganlah menyakiti hati jiran kita dengan membiarkan kucing melepaskan hajat dan merosakkan harta benda jiran kita.


Untuk kucing liar pula, jika mampu buatlah pemandulan supaya mereka kurang agresif dan kurang menanda kawasan.


Rujukan:


Lee, J. A., Budgin, J. B., & Mauldin, E. A. (2002). Acute necrotizing dermatitis and septicemia after application of a d-limonene-based insecticidal shampoo in a cat. Journal of the American Veterinary Medical Association, 221(2), 258-62.


Nelson, S. H., Evans, A. D., & Bradbury, R. B. (2006). The efficacy of an ultrasonic cat deterrent. Applied Animal Behaviour Science, 96(1), 83-91. doi:https://doi.org/10.1016/j.applanim.2005.05.005


Suzuki, C., Miyazaki, T., Yamashita, T., & Miyazaki, M. (2019). GC × GC-MS-Based Volatile Profiling of Male Domestic Cat Urine and the Olfactory Abilities of Cats to Discriminate Temporal Changes and Individual Differences in Urine. Journal of chemical ecology, 45(7), 579–587. https://doi.org/10.1007/s10886-019-01083-3


866 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page