• Dr Che Puteh Osman

SIRI 65: POKOK KAPAL TERBANG MERAWAT KENCING MANIS?

Updated: May 27, 2019


Tadi ada seorang kawan Facebook saya tag di hantaran di bawah berkenaan petua kononnya rendaman daun kapal terbang merawat diabetes.


Daun kapal terbang atau nama saintifiknya Chromolaena odorata syn Eupatorium odoratum mengandungi sebatian kimia dari kumpulan alkaloid pyrrolizidine.



Alkaloid pyrollizidine adalah sejenis karsinogen dan boleh menyebabkan kanser hati dalm tempoh panjang. Dalam tempoh pendek, ia boleh menyebabkan keracunan.


Pokok kapal terbang ini berguna bagi menghentikan pendarahan apabila anda tiada akses pada kemudahan rawatan moden. Kandungan tetrahydroxyflavone di dalam daunnya mencetuskan koagulasi darah dan menghentikan pendarahan.


Seeloknya terus ke hospital apabila luka dalam dan tekap tempat luka untuk mengelakkan pendarahan berterusan.


Diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang disebabkan kerintangan insulin. Selain gaya hidup, faktor genetik antara faktor yang meningkatkan risiko diabetes. Ia tidak dirawat sekadar minum air kapal terbang. Untuk mengawal gula ia perlukan perubahan gaya hidup dan pengambilan ubat untuk mengawal gula dalam darah.


Pokok kapal terbang adalah sejenis rumpai yang berguna untuk kawalan biologi dan mengekalkan kesuburan tanah. Betul setiap ciptaan Allah ada guna. Tidak semestinya sebagai ubat.


Jangan tertipu dengan petua yang tiada asasnya.


PS: Mari kita galakkan orang tersayang mengubah cara hidup dan sentiasa mematuhi nasihat doktor.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan

Andreas Biller, Michael Boppré, Ludger Witte, Thomas Hartmann, (1994). Pyrrolizidine alkaloids in Chromolaena odorata. Chemical and chemoecological aspects, Phytochemistry, 35 : 3,

124 views

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.