SIRI 7: AROMATERAPI MENGURANGKAN SAKIT? BAHAGIAN 2
Updated: 18 Mei 2019
Di dalam siri 4 yang lalu saya meringkaskan kajian klinikal kesan penggunaan aromaterapi bagi mengurangkan sakit selepas pembedahan dan mengurangkan sakit kontraksi ketika proses kelahiran. Pada episode kali ini saya akan meringkaskan kajian klinikal tentang kesan penggunaan aromaterapi bagi mengurangkan sakit lutut akibat osteoarthritis dan sakit disebabkan kesan terbakar, Dalam siri berikutnya, saya akan mengulas bahagian III kajian klinikal aromaterapi bagi mengurangkan sakit dikalangan pesakit kanser dan mengurangkan sakit migraine.

Aromaterapi bagi mengurangkan sakit lutut akibat osteoarthritis – kajian rawak terkawal tunggal (Nasiri & Mahmodi, 2018)
1. Kajian melibatkan 60 pesakit berusia 18-65 tahun dengan kadar kesakitan ≥4. Kumpulan rawatan menerima urutan menggunakan 3% sama ada minyak lavender dalam minyak almond (30 pesakit) manakala kumpulan plasebo menerima minyak almond sahaja (30 pesakit). Kumpulan kawalan tidak menerima sebarang urutan (30 pesakit). Skor kesakitan menggunakan Indeks WOMAC.
2. Sebaik sahaja selepas urutan, kumpulan rawatan dan kumpulan placebo menunjukkan penurunan score kesakitan score signifikan.
3. Selepas seminggu, masih terdapat perubahan signifikan pada score kesakitan namun tiada perbezaan pada score kesakitan antara kumpulan yang placebo dan kumpulan kawalan.
4. Selepas 4 minggu, tiada perbezaan pada skor kesakitan pada ketiga-tiga kumpulan
Aromaterapi bagi mengurangkan sakit akibat kesan terbakar –Kajian literasi sistemik (Choi et al., 2017)
1. Melibatkan 4 RCT
2. Dua RCT menunjukkan sedutan aromaterapi mengurangkan kesakitan dan kebimbangan.
3. Satu RCT menunjukkan sedutan aromaterapi mengurangkan sakit dan urutan mengurangkan kebimbangan
4. Satu RCT menunjukkan sedutan aromaterapi meningkatkan kualiti tidur pesakit.
5. Terdapat risiko berat sebelah seperti laporan yang lemah, saiz sampel yang kecil dan tiada maklumat kesan advers.
Sekian, semoga bermanfaat.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan
Choi, J., Lee, J. A., Alimoradi, Z., & Lee, M. S. (2017). Aromatherapy for the relief of symptoms in burn patients: A systematic review of randomized controlled trials. Burns. doi:10.1016/j.burns.2017.10.009
Nasiri, A., & Mahmodi, M. A. (2018). Aromatherapy massage with lavender essential oil and the prevention of disability in ADL in patients with osteoarthritis of the knee: A randomized controlled clinical trial. Complementary Therapies in Clinical Practice, 30, 116-121. doi:https://doi.org/10.1016/j.ctcp.2017.12.012