Dr Che Puteh Osman
SIRI 7: BENARKAH STEVIA MERAWAT KENCING MANIS?
Updated: 27 Mei 2019
1. Daun stevia sering digunakan bagi menggantikan gula putih kerana rasa manisnya, dan mengurangkan pengambilan sukrosa dalam diet pemakanan terutama di kalangan pesakit kencing manis. Nilai tenaga bagi daun stevia adalah 2.7kcal/g berat kering [1]

2. Daun stevia dari pokok Stevia rebaudiana, mengandungi sebatian kimia semula jadi dari kumpulan diterpenoids glycosides, iaitu sebatian kimia yang bertanggungjawab memberikan rasa manis kepada daun stevia.
3. Steviol glycosides, sebatian kimia utama di dalam daun stevia akan mengurai didalam saluran pencernaan dan menghasilkan sebatian steviol dan glycosides. Sebatian glycosides ini tidak mengurai kepada glukosa seterusnya tidak menambah kandungan gula di dalam darah di dalam kajian ke atas tikus [2]
4. Para penyelidik berpendapat, pengambilan 4 mg bagi setiap kg berat adalah selamat dan tidak memberikan kesan toksik [3, 4]. Bagi seorang dewasa yang mempunyai berat 50kg, pengambilan maksimum stevia yang disarankan adalah 200 mg sehari iaitu bersamaan dengan 1/20 berat sebiji anggur.
5. Kandungan steviol glycosides di dalam produk komersil adalah sekitar 80% [6]. Maknanya bagi setiap 1 g produk stevia, ia mengandungi 800mg sebatian steviol glycosides. Oleh itu, pengambilan yang selamat adalah pada kadar 0.2 g produk steviol sehari. Ia bersamaan dengan 1/15 berat sebiji anggur

6. Kajian terkini pada tahun 2017 menunjukkan tiada kesan genotoksik dan atau subkronik oral toksisiti pada dos 300 kali ganda yang dicadangkan oleh FAO/WHO[5]
7. Kajian ke atas sekumpulan 6 pesakit mendapati juga menunjukkan pengambilan stevia tidak mengurangkan kadar glukosa di dalam darah untuk pesakit type 2 diabetes [4]. Namun dalam kajian terkini terhadap tikus, steviol glycosides berpotensi melambatkan perkembangan penyakit diabetes dengan meningkatkan fungsi pankreas [7]

8. Di dalam satu kajian yang lain pada tahun 2017, steviol glycosides didapati menjejaskan co-metabolism ubat. Ini bermaksud ia akan mengganggu rawatan ubat dan mengakibatkan kesan ubat yang dikehendaki tidak dapat dicapai kerana gangguan dari makanan yang ada sebatian steviol glycoside [8]
9. Kesimpulannya, berdasarkan data yang ada, stevia selamat diambil pada dos sekitar 200 mg sehari bagi individu yang mempunyai berat badan 50 kg seperti yang digariskan WHO/FAO. Ia sesuai diambil pesakit diabetes kerana ia memberikan rasa manis namun tidak meningkatkan kandungan glukosa. Namun ia belum dibuktikan mengubati atau mengawal penyakit kencing manis. Penggunan pada dos tinggi perlu dielakkan bagi mengelakkan interaksi dengan ubat yang diambil.
Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
[1] Savita SM, Sheela K, Sunanda S, Shankar AG, Ramakrishna P, Sakey S (2004) Health Implications of Stevia rebaudiana. J Hum Ecol 15(3):191–194
[2] Atteh J, Onagbesan O, Tona K, Buyse J, Decuypere E, Geuns J (2011) Potential use of Stevia rebaudiana in animal feeds. Arch Zootec 60:133–136
[3] Awney HA, Massoud MI, El-Maghrabi S (2011) Long-term feeding effects of stevioside sweetener on some toxicological parameters of growing male rats. J Appl Toxicol 31(5):431–438
[4] European Food Safety Authority (EFSA) (2010) Scientific opinion on the safety of steviol glycosides for the proposed uses as a food additive. EFSA J 8(4):1537
[5] Zhang, Q., Yang, H., Li, Y., Liu, H., & Jia, X. (2017). Toxicological evaluation of ethanolic extract from Stevia rebaudiana Bertoni leaves: Genotoxicity and subchronic oral toxicity. Regulatory Toxicology and Pharmacology, 86(Supplement C), 253-259. doi:https://doi.org/10.1016/j.yrtph.2017.03.021
[6] Wallins, H. (2004), Steviol glycosides, Chemical and technical assessment, Food and Agriculture Organization, USA, 5pp
[7] Philippaert, K., Pironet, A., Mesuere, M., Sones, W., Vermeiren, L., Kerselaers, S., . . . Vennekens, R. (2017). Steviol glycosides enhance pancreatic beta-cell function and taste sensation by potentiation of TRPM5 channel activity. Nature Communications, 8, 14733. doi:10.1038/ncomms14733 https://www.nature.com/articles/ncomms14733…
[8] Dusek, J., Carazo, A., Trejtnar, F., Hyrsova, L., Holas, O., Smutny, T., . . . Pavek, P. (2017). Steviol, an aglycone of steviol glycoside sweeteners, interacts with the pregnane X (PXR) and aryl hydrocarbon (AHR) receptors in detoxification regulation. Food and Chemical Toxicology, 109(Part 1), 130-142. doi:https://doi.org/10.1016/j.fct.2017.09.007