SIRI 7 :CHEMOTAXONOMY
Updated: 20 Mei 2019
Ini bukan chemotherapy. Ini adalah satu kaedah pengkelasan kumpulan tumbuhan mengikut kehadiran sebatian semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan.
Tumbuhan mengalami dua jenis proses biokimia yang utama iaitu metabolisme primer dan metabolisme sekunder. Metabolisme primer seperti respiratori dan fotosintesis menghasilkan sebatian kimia primer seperti glukosa dan asid amino. Proses ini terjadi pada setiap tumbuhan dan sebatian kimia ini hampir sama dalam semua tumbuhan.

Sebatian kimia primer ini merupakan unit pembinaan kepada metabolit sekunder, iaitu sebatian kimia yang terhasil dari metabolisme sekunder. Proses metabolisme sekunder unik kepada kumpulan tumbuhan tertentu disebabkan boleh biokimia metabolisme sekunder berbeza-beza mengikut tumbuhan. Metabolit sekunder lebih dikenali sebagai sebatian kimia semulajadi. Contohnya alkaloid, flavonoids, quinones, terpenes, sterol dan lain-lain.
Selain menggunakan kaedah taxonomy, iaitu berdasarkan ciri-ciri fizikal tumbuhan dalam pengkelasan keluarga, sub-keluarga dan genus, chemotaxonomy menawarkan satu lagi kaedah pengkelasan berdasarkan sebatian kimia semulajadinya. Jika kita meneliti kajian literasi, kita akan dapati sesetengah sebatian kimia semulajadi hanya wujud dalam keluarga atau genus tertentu. Contohnya anthraquinone jenis Rubia, banyak didapati dalam keluarga Rubiaceae terutamanya genus Morinda (adik beradik mengkudu), Prismatomeris, Damnacanthus dan lain-lain. Manakala anthraquinone jenis polyketide banyak didapati dalam keluarga Aloe (termasuk Aloe vera), fungus, hidupan marin, dan lain-lain.
Contoh yang lain adalah isoquinoline alkaloid. Ia sejenis alkaloid yang banyak didapati dalam pokok dari keluarga Rubiaceae. Manakala indole alkaloids, banyak didapati dalam keluarga Rubiaceae, Annonaceae dan Lamiaceae.
Sebab itu tuan puan tidak boleh sekadar percaya herba mengandungi alkaloid atau asid fenolik maka ia berkesan untuk penyakit sekian-sekian. Sedangkan ada beribu jenis alkaloid dalam pengkelasan mereka sendiri. Dan kehadiran mereka berbeza-beza mengikut keluarga. Perbezaan hanya pada satu atom boleh mengubah keseluruhan potensi perubatannya apatah lagi dari alkaloid jenis lain.