top of page

SIRI 71: BENARKAH PECAH BELING (Strobilanthes crispus Blume) MERAWAT KANSER?


Pecah beling atau ada juga memanggilnya pecah kaca, dikenali secara saintifik sebagai Strobilanthes crispus Blume dari keluarga Acanthacea. Ia berasal dari wilayah Madagascar sehingga ke Kepulauan Melayu. Daun pecah beling digunakan secara tradisi bagi merawat kanser dan kencing manis.





Daun pecah beling tinggi dengan kandungan mineral terutamanya kalsium (5.2 g/100g), potassium (10.9 g/100g), natrium (2.93 g/100g), fosforus (0.22 g/10g) dan zat besi (0.3g/100g). Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, B1 dan B2. Antara metabolit sekunder yang dikenalpasti dalam daun pecah beling adalah epicatechin yang biasa ditemui di dalam daun teh. Ia juga menunjukkan sifat antioksidan disebabkan oleh kehadiran vitamin C dan B.


Daun pecah beling kaya dengan sebatian kimia asid fenolik, flavonoids, catechin dan sterol tumbuhan. Pemberian ekstrak daun pecah beling sehingga 4900 mg/kg berat tikus selama 14 hari tidak menyebabkan tanda ketoksikan kepada tikus.



Antara flanonoids dikenalpasti dari daun pecah beling

Daun pecah beling dan diabetes.


Pemberian daun pecah beling dan daun pecah beling yang ditapai kepada tikus yang diinduksi mengidap diabetes mengurangkan paras gula dalam darah selepas 7 dan 21 hari. Selain itu, ia juga menurunkan paras kolesterol, trigliserida dan LDL dalam darah tikus. Kajian terkemudian menggunakan jus daun pecah beling kepada tikus jantan dan betina menunjukkan keputusan yang serupa.


Dalam kajian yang lain, pemberian ekstrak daun pecah beling (1%) menurunkan berat tikus yang obese dengan menggalakan lipolisis tisu adipose atau pemecahan lemak kepada asid lemak (fatty acids) seterusnya menurunkan berat tisu adipose, mengurangkan patas glukosa dalam darah dan juga berat hati (liver, bukan perasan).



Daun pecah beling dan kanser


Ada beberapa kajian secara in vitro (kajian tisu kultur dalam piring petri) dan in vivo (kajian ke atas model haiwan) menunjukkan ekstrak daum pecah beling merencat pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan saiz tumor melebihi 70%. Antara sel kanser yang dikaji dalam piring petri adalah sel kanser payudara (MCF7 dan MDA-MB-231). Ia membunuh sel kanser dengan mencetus kematian terprogram (apoptosis) dan merencat pembiakan sel kanser (cell cycle progression).


Dalam beberapa kajian, terapi gabungan tamoxifen (ubat kanser payudara) mengurangkan dos tamoxifen yang diperlukan bagi merawat kanser payudara jenis positif estrogen peringkat lanjutan. Ini seterusnya mengurangkan kesan sampingan dari tamoxifen. Penyelidik masih belum mengenalpasti apakah sebatian kimia semulajadi yang memberikan kesan tersebut. Kesan ini bukan disebabkan oleh sebatian kimia yang telah dijelaskan tadi.


Kesimpulan


Kajian ini masih pada pra klinikal iaitu ke atas model haiwan. Untuk mengatakan ia mampu merawat kanser, ia mesti melepas kajian klinikal ke atas manusia dalam beberapa fasa. Jangan makan daun pecah beling dan meninggalkan rawatan kanser yang telah dinasihati doktor. Dan jangan pula mengambil daun pecah beling bersama rawatan kanser. Berdasarkan laporan saintifik, ada potensi daun pecah beling boleh menyebabkan kesan sinergistik dengan tamoxifen.


Ingatlah, di negara Eropah, kes kanser payudara mereka lebih tinggi dari Malaysia. Tetapi kes kematian akibat kanser payudara lebih tinggi di Malaysia kerana orang kita lambat mendapatkan rawatan berbanding orang Eropah. Menurut statistik terkini pada 2018, di Eropah Barat setiap 92.2 wanita dari 100 ribu penduduk mendapat kanser payudara namun hanya 15.5 kematian bagi setiap 100,000 ribu penduduk iaitu sekitar 16.8%. Di Asia Tenggara, hanya 38.1 kes kanser payudara bagi setiap 100,000 penduduk dan kematian adalah 14.1 bagi setiap 100 ribu, iaitu sekitar 37%.



Imej dari Bray, F, Ferlay, J, Soerjomataram, I, Siegel, RL, Torre, LA, & Jemal, A.Global cancer statistics 2018: GLOBOCAN estimates of incidence and mortality worldwide for 36 cancers in 185 countries. CA: A Cancer Journal for Clinicians,2018; 68: 394-424. doi:10.3322/caac.21492


Rujukan


Bray, F, Ferlay, J, Soerjomataram, I, Siegel, RL, Torre, LA, & Jemal, A.Global cancer statistics 2018: GLOBOCAN estimates of incidence and mortality worldwide for 36 cancers in 185 countries. CA: A Cancer Journal for Clinicians,2018; 68: 394-424. doi:10.3322/caac.21492


Buslima, NA, Noor, SM, Othman, F, & Rahmat, A.Safety assessment of spray dried strobilanthes crispus aqueous extract on liver, kidney and biochemical profiles in sprague-dawley rats. Advances in Environmental Biology,2015; 9: 146-153.


Ismail, M., Manickam, E., Danial, A., Rahmat, A., & Yahaya, A. (2000). Chemical composition and antioxidant activity of Strobilanthes crispus leaf extract. Journal of Nutritional Biochemistry, 11(11-12), 536 - 542. https://doi.org/10.1016/S0955-2863(00)00108-X


Fadzelly, A.B.M., Asmah, R. & Fauziah, O. (2006) Effects of Strobilanthes crispus Tea Aqueous Extracts on Glucose and Lipid Profile in Normal and Streptozotocin-Induced Hyperglycemic Rats, Plant Foods Hum Nutr 61, 6-11. https://doi.org/10.1007Malays


Hussin, F, Eshkoor, SA, Rahmat, A, Othman, F, Akim, A, & Eshak, Z.Strobilanthes crispus juice concentrations and anticancer effects on DNA damage, apoptosis and gene expression in hepatocellular carcinoma cells. Asian Pacific Journal of Cancer Prevention,2015; 16: 6047-6053. doi:10.7314/APJCP.2015.16.14.6047


Ghasemzadeh, A, Jaafar, HZE, & Rahmat, A.Phytochemical constituents and biological activities of different extracts of Strobilanthes crispus (L.) Bremek leaves grown in different locations of Malaysia. BMC Complementary and Alternative Medicine,2015; 15. doi:10.1186/s12906-015-0873-3


Norfarizan-Hanoon, NA, Asmah, R, Rokiah, MY, Fauziah, O, & Faridah, H.Antihyperglycemic hypolipidemic and antioxidant enzymes effect of Strobilanthes crispus juice in normal and streptozotocin-induced diabetic male and female rats. International Journal of Pharmacology,2009; 5: 200-207. doi:10.3923/ijp.2009.200.207


Yaacob, NS, Kamal, NNNM, Wong, KK, & Norazmi, MN.Cell cycle modulation of MCF-7 and MDA-MB-231 by a sub-fraction of Strobilanthes crispus and its combination with tamoxifen. Asian Pacific Journal of Cancer Prevention,2016; 16: 8135-8140. doi:10.7314/APJCP.2015.16.18.8135


Zawawi, N, Azizah, A. H. and Maznah, I (2016). Strobilanthes crispus leaves extracts (SCE) induced lipolysis and increased leptin level in diet-induced obese rats fed high-fat diet. Int. Food Res J, 23, 1115-1122



686 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page