SIRI 75: POKOK JEREMIN (Pelargonium radula) MENGHALAU NYAMUK?
Pelargonoum radula, dari keluarga atau lebih dikenali sebagai pokok jeremin digunakan secara tradisional bagi menghalau nyamuk. Ini kerana bau pokok ini yang unik yang dikatakan menghalau nyamuk.

Daun pokok dari genus Pelargonium termasuklah pokok jeremin mengandungi sebatian kimia mudah meruap (volatile organic compounds, VOC) iaitu citronellol, geraniol, geranyl acetate, linalool dan linalyl acetate.
VOC ini terutama citronellol terkenal dengan sifatnya yang menghalau nyamuk. Kebanyakan krim atau semburan penghalau nyamuk semulajadi mengandungi citronellol. Citronellol merupakan bahan kimia utama di dalam serai wangi.

Selain menanam tumbuhan ini, minyak aromaterapi (essential oil) daun pokok dari genus Pelargonium sp dan Geranium sp juga digunakan untuk menghalau nyamuk.
Rujukan
Asnawi et al. Evaluation of the Potential of Pelargonium radula Extract in Repelling Aedes aegypti, Journal of Chemical and Natural Resources Engineering, Special Edition: 11-19
Rana, et al (2002) Chemical constituents of essential oil of Pelargonium graveolens leaves, International Journal of Aromatherapy, 12, 216-218,