SIRI 8: BOLEH KE EKSTRAK ESSENTIAL OIL DI RUMAH?
Updated: 19 Mei 2019
Secara umumnya terdapat beberapa kaedah mengekstrak essential oil. Antaranya penyulingan wap (steam distillation), penyulingan hidro (hydrodistillation), cold press, supercritical fluid extraction dan penyulingan dibantu gelombang haba (microwave asissted distillation).
Mengikut pengalaman peribadi penulis, penulis pernah menggunakan penyulingan wap, penyulingan hidro dan penyulingan dibantu gelombang haba. Kesemua kaedah ini menggunakan sistem radas yang merupakan gred analitikal boleh dibeli dari pengedar alatan kimia untuk kegunaan kajian.

Bagaimana hendak do-it-yourself di rumah bagi mengekstrak essential oil di rumah? Untuk penyulingan hidro, konsepnya adalah bahan yang ingin diekstrak di campur sekali dengan air. Kelalang berdasar bulat tersebut dipanaskan sehingga air mendidih dan wap air bersama wap essential oil akan bergerak ke kondensor. Konsep kondensor mestilah sesuatu alatan yang membenarkan wap lalu di ruangan dalam dan air sejuk di ruangan dalam (rujuk gambar). Air sejuk akan dibekalkan melalui point 5. Air yang sejuk akan menyejukkan wap air dan essential oil akhirnya mereka terkondensasi di tempat pengumpulan essential oil. Mudah kan?
Mengunakan prinsip yang sama, anda boleh campur bahan yang ingin diekstrak dengan air dalam periuk contohnya pressure cooker dan panaskan di atas dapur. Periuk mesti bertutup rapat supaya wap tidak terbebas keluar. Anda mesti diy periuk anda dengan menyambung tiup besi atau kuprum di ruangan wap keluar dari pressure cooker anda. Tiup ini anda rendam dalam air ais. Kalau air suhu bilik bimbang wap lambat terkondensasi dan meruap. Selepas itu kutip essential oil yang telah sejuk di dalam belas kaca di hujung tiup tersebut. Pastikan ruang antara tiup dan bekas kaca tidak jauh untuk elak kehilangan essential oil. Mudahkan?
Produk terkumpul akan mengandungi campuran air dan minyak. Pisahkan minyak menggunakan penyedut kaca. EO yang disimpan mesti tidak mengandungi air kerana ia menjejaskan kualiti EO
Anda juga perlu mengetahui adakah sumber bahan itu perlu kering atau segar. Ada sesetengah EO baik diekstrak dalam keadaan segar. Ada yang keadaan kering. Anda boleh bereksperimen menggunakan daun limau purut dan pandan.
Jika guna periuk biasa masa yang diperlukan sekitar 3-4 jam untuk 1 kg sampel. Kalau pressure cooker mungkin jauh lebih cepat.
Amaran: Jangan tinggalkan proses penyulingan tanpa pemerhatian. Elakkan EO asli terkena kulit untuk mengelakkan iritasi. Simpan dalam bekas kaca gelap dan dalam peti sejuk jika belum dicairkan. Untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan guna untuk tujuan perubatan tanpa nasihat doktor bertauliah tidak kira beli atau buat sendiri.
PS: Saya tidak pernah buat di rumah. Hanya di makmal. Jika anda ingin tahu. Apa salahnya? 😉
