top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 8: MAS COTEK, HERBA BERPOTENSI MERAWAT DIABETES?

Updated: 19 Mei 2019

1. Mas cotek atau nama saintifiknya Ficus deltoidea, digunakan secara tradisi untuk rawatan selepas melahirkan anak, rawatan diabetes dan tekanan darah tinggi dan keputihan [1] Selain itu, ia juga dikatakan merawat masalah jantung, migraine, pening kepala, penyakit kulit dan sebagai ubat kuat lelaki [2]


2. Terdapat TUJUH variasi mas cotek di Malaysia iaitu var. angustifolia, var. intermedia, var. deltoidea, var. bilobata, var. trengganuensis, var. kunstleri and var. motleyana [3]



3. Kajian fitokimia (sebatian kimia semulajadi dari tumbuh-tumbuhan) terhadap mas cotek menunjukkan ia mempunyai sebatian kimia dari kumpulan tritepernenes iaitu moretanol dan luteol [4,5] dan flavonoid glycosides seperti vitexin dan isovitexin [6].


4. Vitexin dan isovitexin, sejenis flavonoid glycosides didapati mempunyai activity perencatan alpha-glucosidase, sejenis enzim yang menguraikan saccharides kepada glukosa di dalam usus kecil. Sebatian ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap tikus pada dos 2g bagi setiap g berat tikus [7]


5. Ekstrak mas cotek juga diuji untuk aktiviti antioksidan dan antimicrobial, namun hasil pengujian adalah sederhana dan tidak menunjukkan aktiviti yang signifikan [5,8].


6. Di dalam kajian yang lain, ekstrak buah mas cotek menunjukan aktiviti perencatan yang sederhana terhadap alpha glukposidase mamalia [9]. Ektrak ethanol mas cotek mengurangkan postprandial hiperglisemia dan meningkatkan toleran terhadap glukosa di dalam kajian terhadap tikus [10]


7. Di dalam satu kajian pilot terhadap 20 pesakit type 2 diabetes di Pahang, 350 mg ekstrak mas cotek diberikan dua kali sehari selama 20 hari. Walau bagaimanapun, ekstrak mas cotek tidak menunjukkan kesan terhadap fasting blood sugar, HbA1c, profil renal dan lipid [11]


8. Setakat pencarian penulis, tiada data yang konkrit mengesahkan penggunaan daun mas cotek bagi merawat kencing manis. Kajian terhadap manusia tidak menunjukkan kesan malah kajian ke atas tikus juga tidak menunjukkan potensi besar.


9. Variasi berbeza boleh menghasilkan sebatian kimia pada kuantiti yang berbeza, malah boleh juga dari kelas sebatian yang berbeza. Kandungan flavonoid glycosides seperti vitexin dan isovitexin juga masih belum distandardkan di antara variasi berbeza.


10. Oleh itu, janganlah tinggalkan rawatan di hospital untuk merawat kencing manis. Sehingga kini, data pengujian klinikal ke atas manusia tidak menunjukkan kesan, malah hasil pengujian ke atas tikus juga tidak meyakinkan.


Semoga bermanfaat.

Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)


Hidayatul Atiqah MSc (Natural Product Chemistry)

Rujukan:

[1] Lip, J.M., Hisham, D.N., Zaidi, J.A., Musa, Y., Ahmad, A.W., Normah, A. and Sharizan, A., (2009). Isolation and identification of moretenol from Ficus deltoidea leaves. J. Trop. Agric. and Fd. Sc., 37(2), 195-201.


[2] Ramamurthy, S., Kumarappan, C., Dharmalingam, S.R. and Sangeh, J.K., (2014). Phytochemical, Pharmacological and Toxicological Properties of Ficus deltoidea: A Review of a Recent Research. Annual Research & Review in Biology, 4(14), 2357-2371.


[3] Fatihah, H.N.N., Nashriyah, M., Zaimah, A.R.N., Khairil, M. and Ali, A.M., (2014). Leaf morphology and anatomy of 7 varieties of Ficus deltoidea (Moraceae). Turkish Journal of Botany, 38, 677-685.


[4] Lip, J.M., Hisham, D.N., Zaidi, J.A., Musa, Y., Ahmad, A.W., Normah, A. and Sharizan, A., (2009). Isolation and identification of moretenol from Ficus deltoidea leaves. J. Trop. Agric. and Fd. Sc., 37(2), 195-201.


[5] Suryati, Nurdin, H., Dachriyanus, and Lajis, M.N.H., (2011). Structure elucidiation of antibacterial compound from Ficus deltoidea Jack leaves. Indo. J. Chem., 11(1), 67-70.


[6] Omar, M.H., Mullen, W. and Crozier, A., (2011). Identification of Proanthocyanidin Dimers and Trimers, Flavone C-Glycosides, and Antioxidants in Ficus deltoidea, a Malaysian Herbal Tea. Journal of Agricultural and Food Chemistry, 59, 1363-1369.


[7] Choo, C.Y., Sulong, N.Y., Man, F. and Wong, T.W., (2012). Vitexin and isovitexin from the leaves of Ficus deltoidea with in-vivo α-glucosidase inhibition. Journal of Ethnopharmacology, 142, 776-781.


[8] Hakiman, M. and Maziah, M., (2009). Non enzymatic and enzymatic antioxidant activities in aqueous extract of different Ficus deltoidea accessions. Journal of Medicinal Plants Research, 3(3), 120-131.


[9] Misbah, H., Aziz, A.A. and Aminudin, N., (2013). Antidiabetic and antioxidant properties of Ficus deltoidea fruit extracts and fractions. BMC Complementary & Alternative Medicine, 13, 118-129.


[10] Adam, Z., Ismail, A., Khamis, S., Mohd. Mokhtar, M. H., & Hamid, M. (2011). Antihyperglycemic activity of F. deltoidea ethanolic extract in normal rats. Sains Malaysiana, 40(5), 489-495.


[11] Draman, S., Aris, M. A. M., Razman, Akter, S. F. U., Azlina, H., Nor Azlina, A. R., . . . Azian. (2012). Mas cotek (Ficus deltoidea): A possible supplement for type II diabetes: (A Pilot Study). Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, 35(1), 93-102.

307 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page