top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 86: HABBATUS SAUDA DAN PENYAKIT SEJUK

Updated: 17 Nov 2021

Habbatus sauda atau nama saintifiknya, Nigella sativa merupakan ahli keluarga Ranunculaceae. Habbatus sauda digunakan dalam pelbagai perubatan tradisional, antaranya Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India, dan disebut di dalam Bible dan hadis- hadis Nabi.



Habbatus sauda mengandungi pelbagai sebatian kimia, dengan beberapa sebatian kimia utama yang sering menjadi subjek kajian perubatan. Antara sebatian kimia yang penting di dalam habbatus sauda adalah thymol, thymoquine dan carvacrol.

.


Benarkah habbatus sauda merawat 'penyakit sejuk'? Kajian pra-klinikal pada model haiwan dan kajian klinikal menunjukkan habbatus sauda mengurangkan simptom asma, alergic rhinitis, COPD, dan penyakit berkaitan pernafasan. Ia bertindak sebagai bronchodilator, antiradang, antioksidan dan mengubah tindakbalas sistem imun.


Memandangkan kajian-kajian ini masih memerlukan penelitian yang lebih terperinci, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk ahli kesihatan mengenai masalah kesihatan mereka.


Data kajian sedia ada masih belum jelas mengenai berapa banyak pengambilan yang sesuai, berapa lama tempoh pengambilan dan adakah terdapat kesan interaksi ubat dengan habbus sauda.


Habbatus sauda berpotensi untuk mengurangkan simptom berkaitan penyakit pernafasan, tetapi tidak terbukti merawat punca kepada penyakit tersebut, misalannya jangkitan tuberculosis dan COVID-19.


Kajian klinikal yang lebih terperinci perlu dilakukan sebelum ia boleh digunakan dalam amalan perubatan. Antaranya penentuan dos yang diperlukan, bentuk habbatus sauda, kandungan bahan aktif, tempoh rawatan, adakah terdapat kontraindikasi tertentu dan lain-lain.


Oleh itu, jika anda mendapati simptom pernafasan tidak berkurangan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tidak berlengah.


Benarkah habbatus sauda merawat semua penyakit?


“Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).” Ini adalah petikan sabda Rasulullah S.A.W. Bagi memahami terjemahan hadis ini, saya merujuk kepada artikel di laman Institut Kefahaman Islam Malaysia dan halaman Mufti Wilayah Persekutuan.


Ulama banyak membahaskan hadis ini adakah ia merawat semua penyakit? Ringkasnya, habbatus sauda adalah bermanfaat untuk kesihatan terutama penyakit berkaitan cuaca sejuk dan bukannya semua penyakit. Malah dalam keadaan tertentu, doktor mungkin melarang anda mengambil habbatus sauda kerana ia boleh memburukkan keadaan kesihatan.


Kesimpulannya, habbatus sauda berpotensi mengurangkan simptom berkaitan penyakit pernafasan, namun jika berlarutan sila dapatkan rawatan dari ahli kesihatan bertauliah.


"Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian" (Sahih Muslim, Kitab Fadail, Hadis 2363).


Rujukan


Ahmad, M. F., Ahmad, F. A., Ashraf, S. A., Saad, H. H., Wahab, S., Khan, M. I., Ali, M., Mohan, S., Hakeem, K. R., & Athar, M. T. (2021). An updated knowledge of Black seed (Nigella sativa Linn.): Review of phytochemical constituents and pharmacological properties. Journal of herbal medicine, 25, 100404. https://doi.org/10.1016/j.hermed.2020.100404


Mohammad Mustaqim bin Malek (2019). Habbatus Sauda’ Penawar Penyakit? Assesed on April, 3, 2021 from http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/07/15/habbatus-sauda-penawar-penyakit/


IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 517: PEMAHAMAN TERHADAP LAFAZ HADITH HABBATUSSAUDA’ SEBAGAI PENAWAR SEGALA PENYAKIT (2021) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4702-irsyad-al-hadith-siri-ke-517-pemahaman-terhadap-lafaz-hadith-habbatussauda-sebagai-penawar-segala-penyakit


Saadat, S., Aslani, M. R., Ghorani, V., Keyhanmanesh, R., & Boskabady, M. H. (2021). The effects of Nigella sativa on respiratory, allergic and immunologic disorders, evidence from experimental and clinical studies, a comprehensive and updated review. Phytotherapy research: PTR, 10.1002/ptr.7003. Advance online publication. https://doi.org/10.1002/ptr.7003

994 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page