top of page

SIRI 9: AROMATERAPI MENGURANGKAN KESAKITAN DAN KESAN SAMPINGANNYA?

Updated: 13 Jun 2019

Aromaterapi merujuk kepada penggunaan terkawal essential oil untuk tujuan teraupeutik [1]. Essential oil secara umumnya menghantar signal kepada sistem olfaktori, dan merangsang pengeluaran neurotransmitter seperti dopamine dan serotonin. Ia membantu memberi ketenangan, meningkatkan toleransi terhadap kesakitan dan mengurangkan stress, kemurungan dan kebimbangan [2]



Terdapat beberapa kajian klinikal bagi mengkaji kesan aromaterapi dalam meningkatkan toleran pesakit terhadap kesakitan dan mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan sakit atau ubat tahan muntah. Penggunaan urutan aromaterapi juga tidak mempercepatkan kelahiran, mengubah cara kelahiran atau meningkatkan skor Apgar bayi [3-11]. Kesemua kajian ini melibatkan penggunaan aromaterapi secara urutan dan sedutan aroma dan tiada satu pun menyebut essential oil diminum atau dimakan.


Walaupun kajian itu melibatkan pesakit kesan bakar, migraine, kanser, ibu mengandung, ibu bersalin, pesakit orthoarthritis dan pesakit selepas pembedahan,kajian itu BUKAN menunjukkan essential oil merawat sakit tersebut. Sebaliknya ia dikaji sama ada aromaterapi mengurangkan permintaan ubat sakit dan meningkatkan toleran terhadap kesakitan.

Namun kajian klinikal tersebut tidak melaporkan kesan advers. Walaupun essential oil diekstrak dari pokok, dan sering digambarkan ‘natural’ itu selamat, terdapat satu laporan literasi sistemik merumuskan 42 laporan kes kesan advers aromaterapi pada tahun 2012 dan melibatkan 71 pesakit [1].


Antara kesan advers yang paling biasa adalah contact dermitits dan iritasi pada kulit. Kesemua pesakit pulih dari kesan advers kecuali satu kematian dilaporkan. KESAN YANG LEBIH SERIUS seperti sawan, kesan bakar, lepuh, koma, acute pulmonary oedema (air dalam paru-paru), budak lelaki tumbuh payudara, muntah, cirit birit, degupan jantung terlalu laju melebihi paras normal, nekrosis pada kulit dan otot, dan hilang kawalan terhadap pergerakan badan juga pernah dilaporkan.


Kesimpulannya natural tidak bermaksud ia bebeas kimia atau selamat. Dalam satu jenis essential oil boleh terdapat berpuluh hingga ratus sebatian kimia. Gunakanlah essential oil dengan selamat, dan dapatkan bantuan perubatan jika berlaku kesan sampingan. Elakkan makan essential oil dan elakkan essential oil yang mengandungi camphor kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)



[1] Posadzki, P.; Alotaibi, A.; Ernst, E., Adverse effects of aromatherapy: A systematic review of case reports and case series. 2012; Vol. 24, p 147-61.


[2] Xiao Nan, L.; Zhu Jun, L.; Huan Jing, Z.; Chi Meng, T., Aromatherapy and the Central Nerve System (CNS): Therapeutic Mechanism and its Associated Genes. Current Drug Targets 2013, 14 (8), 872-879.


[3] Burns, E.; Zobbi, V.; Panzeri, D.; Oskrochi, R.; Regalia, A., Aromatherapy in childbirth: A pilot randomised controlled trial. BJOG: An International Journal of Obstetrics and Gynaecology 2007, 114 (7), 838-844.


[4] Choi, J.; Lee, J. A.; Alimoradi, Z.; Lee, M. S., Aromatherapy for the relief of symptoms in burn patients: A systematic review of randomized controlled trials. Burns 2017.


[5] Dimitriou, V.; Mavridou, P.; Manataki, A.; Damigos, D., The Use of Aromatherapy for Postoperative Pain Management: A Systematic Review of Randomized Controlled Trials. Journal of Perianesthesia Nursing 2017, 32 (6), 530-541.


[6] Hines, S.; Steels, E.; Chang, A.; Gibbons, K., Aromatherapy for treatment of postoperative nausea and vomiting. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, 2018 (3).


[7] Hur, M. H.; Lee, M. S.; Kim, C.; Ernst, E., Aromatherapy for treatment of hypertension: A systematic review. Journal of Evaluation in Clinical Practice 2012, 18 (1), 37-41.


[8] Hur, M. H.; Song, J. A.; Lee, J.; Lee, M. S., Aromatherapy for stress reduction in healthy adults: A systematic review and meta-analysis of randomized clinical trials. Maturitas 2014, 79 (4), 362-369.


[9] Nasiri, A.; Mahmodi, M. A., Aromatherapy massage with lavender essential oil and the prevention of disability in ADL in patients with osteoarthritis of the knee: A randomized controlled clinical trial. Complementary Therapies in Clinical Practice 2018, 30, 116-121.


[10] Zargaran, A.; Borhani-Haghighi, A.; Salehi-Marzijarani, M.; Faridi, P.; Daneshamouz, S.; Azadi, A.; Sadeghpour, H.; Sakhteman, A.; Mohagheghzadeh, A., Evaluation of the effect of topical chamomile (Matricaria chamomilla L.) oleogel as pain relief in migraine without aura: a randomized, double-blind, placebo-controlled, crossover study. Neurological Sciences 2018, 1-9.


[11] Shin, E. S.; Seo, K. H.; Lee, S. H.; Jang, J. E.; Jung, Y. M.; Kim, M. J.; Yeon, J. Y., Massage with or without aromatherapy for symptom relief in people with cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, 2016 (6).



3,310 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page