Dr Che Puteh Osman
SIRI 9: PEGAGA (Centella asiatica), HERBA KAYA ANTIOKSIDAN?
Updated: 19 Mei 2019
1. Pegaga, atau nama saintifiknya Centella asiatica sering digunakan sebagai ulam-ulaman, jus, salad dan pelbagai lagi jenis hidangan. Secara tradisi, pegaga biasa digunakan sebagai rawatan ibu selepas bersalin di kalangan masyarakat melayu.

2. Pegaga kaya dengan sebatian dari jenia pentacylic triterpenes yang dikatakan bertanggungjawab terhadap bioaktiviti pegaga iaitu asiaticoside, madecassoside, asiatic acid, and madecassic acid [1]

3. Pegaga telah direkodkan dalam Indian pharmacopeia dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda untuk pelbagai jenis penyakit, antaranya sebagai tonik untuk herba untuk memulihkan untuk penyakit mental dan meningkatkan memori.
4. Hasil carian di scopus.com, laman sesawang yang mengumpulkan jurnal berwasit, terdapat lebih 1500 artikel penyelidikan tentang pegaga untuk pelbagai jenis penyakit, namun hasil dari penyelidikan ini masih belum sampai kepada pengguna
5. Antara salah satu aktiviti biological pegaga yang menarik adalah pegaga dilaporkan memulihkan fungsi regeneratif, dan menunjukkan kemampuan melambatkan kehilangan memori dan kebimbagan [2-4] Kehadiran asiaticoside dan medecosside bertanggungjawab terhadap kesan pegaga ke atas fungsi kognitif dan kehilangan memori [5,6]
6. Dalam satu kajian meta analisis, mereka merumuskan hasil 5 percubaan rawak terkawal atau randomized control trial (RCT) menggunakan pegaga dan 6 RCT menggunakan produk pegaga mendapat iia tidak meningkatkan fungsi kognitif terhadap manusia secara signifikan tetapi meningkatkan ‘mood’ subjek kajian tersebut [7].
7. Laporan meta analisis tersebut menunjukkan tiada kesan advers bagi penggunaan pegaga, tetapi menunjukan kesan advers yang kecil apabila menggunakan produk yang mengandungi pegaga.
8. Kombinasi herba pegaga dengan herba-herba lain seperti Gingko biloba, didapati meningkatkan fungsi kognitif. Selain itu, laporan juga menyebut penggunaan pegaga meningkatkan tahap sedar, dan mengurangkan perasaan marah, yang dikaitkan dengan peningkatan fungsi kognitif.
9. Namun, kelemahan dalam artikel penyelidikan seperti standardidasi kaedah pengekstrakan dan standardidasi kandungan sebatian kimia aktif di dalam ekstrak. Selain itu, terdapat beberapa artikel yang tidak menyebut bahagian manakah yang digunakan dalam kajian. Kaedah penanaman, penuaian dan pemprosesan juga perlu distandardkan untuk memastikan kandungan bahan kimia aktif di dalam herba.
10. Kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik tersebut adalah pegaga tidak meningkatkan tahap kognitif secara menyeluruh namun ia membantu meningkatkan ‘working memory’
11. Kajian masih perlu dilakukan untuk standardisasi herba iaitu penanaman, penuaian, kaedah pengekstrakan, standardisasi kandungan sebatian kimia aktif di dalam pegaga selain menentukan dos yang sesuai bagi mencapai objektif meningkat kemampuan kognitif secara keseluruhan terutama di kalangan warga emas dan pesakit Alzheimer [8].
Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
[1] Inamdar, E. K., Yeole, R. D., Ghogare, A. B. & Souza, N. J. Determination of biologically active constituents in Centella asiatica. J Chromatogr A 742, 124–130 (1996).
[2] Wanasuntronwong, A., Tantisira, M. H., Tantisira, B., & Watanabe, H. (2012). Anxiolytic effects of standardized extract of Centella asiatica (ECa 233) after chronic immobilization stress in mice. Journal of Ethnopharmacology, 143(2), 579-585
[3] Wattanathorn, J., Mator, L., Muchimapura, S., Tongun, T., Pasuriwong, O., Piyawatkul, N., . . . Singkhoraard, J. (2008). Positive modulation of cognition and mood in the healthy elderly volunteer following the administration of Centella asiatica. Journal of Ethnopharmacology, 116(2), 325-332
[4] Soumyanath A, Zhong YP, Gold SA, et al. Centella asiatica accelerates nerve regeneration upon oral administration and contains multiple active fractions increasing neurite elongation in-vitro. Journal of Pharmacy and Pharmacology. 2005;57(9):1221–1229.
[5] Chen, S., Yin, Z.-J., Jiang, C., Ma, Z.-Q., Fu, Q., Qu, R., & Ma, S.-P. (2014). Asiaticoside attenuates memory impairment induced by transient cerebral ischemia–reperfusion in mice through anti-inflammatory mechanism. Pharmacology Biochemistry and Behavior, 122(0), 7-15
[6] Luo, Y., Yang, Y.-P., Liu, J., Li, W.-H., Yang, J., Sui, X., . . . Wang, Y.-A. (2014). Neuroprotective effects of madecassoside against focal cerebral ischemia reperfusion injury in rats. Brain Research, 1565(0), 37-47
[7] Puttarak, P., Dilokthornsakul, P., Saokaew, S., Dhippayom, T., Kongkaew, C., Sruamsiri, R., . . . Chaiyakunapruk, N. (2017). Effects of Centella asiatica (L.) Urb. on cognitive function and mood related outcomes: A Systematic Review and Meta-analysis. Scientific Reports, 7(1), 10646. doi:10.1038/s41598-017-09823-9
[8] Gagnier, J. J. et al. Recommendations for reporting randomized controlled trials of herbal interventions: Explanation and elaboration. J Clin Epidemiol 59, 1134–1149, doi:10.1016/j.jclinepi.2005.12.020 (2006).