top of page

SIRI 9: UBAT PERANCANG LELAKI DARI POKOK GANDARUSSA.

Updated: 19 Mei 2019

Tahukah anda, kaum lelaki masyarakat Papua New Guinea menggunakan air rebusan daun dan akar Gandarusa (Justicia gendarussa Burm. F. ) sebagai kaedah merancang keluarga?


Imej dari Wikimedia Commons

Saya berpeluang mendengar sendiri pembentangan hasil penyelidikan ini dari penyelidik pokok ini ketika menghadiri konferensi di Universitas Airlangga beberapa tahun dahulu.


Kajian sejak tahun 1985 oleh sekumpulan penyelidik dari Universitas Airlangga telah menemukan bahan aktif yang bukan jenis hormon yang mengganggu proses pembentukan sperma menjadikan sperma tidak dapat menembusi ovum.


Kajian klinikal yang dijalankan di Indonesia sejak tahun 2009 dalam beberapa fasa mendapati ia berkesan sebagai perancang keluarga. Kesuburan kembali semula selepas penggunaan Gandarusa dihentikan. Kajian klinikal lanjutan masih berjalan.


Kajian menunjukkan antara sebatian kimia utama dalam Gandarusa adalah sejenis flavonoids glycosides namanya Gendarusin A dan Gendarusin B. Disebabkan tiada maklumat diterbitkan sebatian kimia manakah yang mampu mengganggu spermatogenesis, jadi saya tidak dapat menentukan hal tersebut. Saya juga tiada maklumat adakah mereka menggunakan bahan kimia tunggal dari pokok Gandarusa atau ekstrak pokok Gandarusa.


Siapa kata kajian pokok tidak berguna? Dan pokok bebas kimia?



Rujukan:


Handayani L. Pil Kontrasepsi Laki-laki dengan Bahan Dasar Gandarusa (Justicia genda- russa Burm.F). Majalah Kedokteran. Indonesia. 2007;57(8):6


Prajogo BEW, Ifadotunnikmah F, Febriyanti AP, Jusak N. Efek Fase Air Daun Gandarusa (Justicia gendarussa Burm.f.) pada Fungsi Hati dan Fungsi Ginjal Kelinci Jantan (Uji Toksisitas Fase Air Daun Gandarusa Sebagai Bahan Kontrasepsi Pria). Veterinaria Medika. 2008;1(3):4


Prajogo, Bambang & Guliet, D & Queiroz, Emerson. (2009). Isolation of male antifertility compound in n-butanol fraction of Justicia gendarussa Burm F leaves. Folia Medica Indonesiana. 45. 28-31.

92 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page